Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sehingga RM500 Sebulan Secara Bersasar Untuk 12 Bulan

TERKINI: Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sehingga RM500 Sebulan Secara Bersasar Untuk 12 Bulan

Pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Tengku Dato’ Seri Zafrul selaku Menteri Kewangan hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran dari akaun 1 secara bersasar.

Pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan bermula Januari 2021. Menurut Tengku Zafrul, kebenaran pengeluaran dari akaun 1 ini dijangka akan memberi manfaat kepada 600,000 ahli yang terjejas ketika pandemik Covid-19.

TERKINI: Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sehingga RM500 Sebulan Secara Bersasar Untuk 12 Bulan

Isu pengeluaran dari akaun 1 ini hangat diperdebatkan sebelum ini di mana ada pihak yang mencadangkan untuk membenarkan ahli KWSP mengeluarkan RM10,000 secara one-off.

Sumber gambar: RTM & Harian Metro


Catat Komen

1 Ulasan