Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 16 Oktober

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 16 Oktober. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG dimana ia akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020.

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 16 Oktober

Kenyataan JPJ turut menyebut bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Oktober nanti. Bagaimanapun, ia tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 16 Oktober
Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 16 Oktober

Buat masa ini, perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja.

Semoga dengan kemudahan Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 16 Oktober ini dapat mengurangkan pergerakkan orang ramai ketika pandemik Covid-19 semakin membimbangkan di negara kita khususnya negeri Sabah.

Sumber: JPJ Malaysia


Catat Komen

0 Ulasan