Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ | Adakah anda merancang untuk membeli kereta atau motosikal dalam masa terdekat ini? Maklumlah, dalam masa PKPP dan PKPB setika ini adalah promosi dan potongan harga yang jelas menguntungkan kita.

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ

Ada yang nak kereta tak kisah pun apa nombor pendaftaran atau nombor plate kereta tersebut. Namun, ada yang nak nombor cantik dan mudah diingat. Ada pula yang suka buat koleksi nombor plate kereta dan motosikal yang sama saja.


Cara Semak Nombor Pendaftaran Terkini

Pada kali ini, saya mahu berkongsi bagaimana cara semak nombor pendaftaran terkini kenderaan dengan mudah. Tak perlu nak call pejabat JPJ atau pakai agen tanya nombor pendaftaran terkini tu.

Caranay mudah sahaja, ikuti langkah-langkah dibawah:

Langkah 1: Layari laman web >> https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama 

Langkah 2: Klik pada bahagian Nombor Kenderaan Terkini

Langkah 3: Masukkan Kawasan/Negeri, taip Kod Sekuriti dan klik butang Semak

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ

Langkah 4: Paparan no pendaftaran terkini di kawasan/negeri yang anda pilih akan dipaparkan

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ

Nombor pendaftaran terkini akan dipaparkan. Jika nak beli nombor tersebut, terus klik link "sini" dibawah No Pendaftaran Kenderaan tersebut.

Selepas klik link tu, anda akan dibawah ke Portal MySIKAP untuk pembelian secara dalam talian nombor pendaftaran kenderaan yang anda nak tu.

Mudah saja kan?

Semoga dengan perkongsian Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ ini membantu anda yang tengah mencari nombor plate kereta terbaik dan mudah diingat. 

Catat Komen

1 Ulasan