BPN 2.0: Semakan Status Penerimaan BPN 2.0

BPN 2.0: Semakan Status Penerimaan BPN 2.0 | Adakah anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 1.0 dahulu? Jika ya, anda secara teknikalnya adalah layak menerima BPN 2.0 ini. 

BPN 2.0: Semakan Status Penerimaan BPN 2.0

Seperti yang dimaklumkan dalam FAQ BPN 2.0 di portal https://bpn.hasil.gov.my/, pemohon atau penerima yang layak dah boleh membuat semakan status penerimaan bermula 15 Oktober 2020.


Cara Buat Semakan Permohonan BPN 2.0

Anda yang layak sebelum ini tidak perlu membuat permohonan semula. Walaubagaimanapun, sekiranya anda nak semak status penerimaan BPN 2.0 anda boleh melayari portal dibawah;

Langkah 1: Layari https://bpn.hasil.gov.my/

Langkah 2: Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Taip Captcha yang diberikan. Kemudian, tekan butang SEMAK

Langkah 3: Paparan Status Semakan akan keluar. Anda boleh lihat berapa kelayakan BPN anda.

BPN 2.0: Semakan Status Penerimaan BPN 2.0


Cara Permohonan Baru BPN 2.0

Tak lulus permohonan Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020 yang pertama tempoh hari? Sekiranya anda adalah antara individu atau isi rumah yang seperti dibawah, anda boleh mengemukakan permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.

Ini adalah antara soalan lazim untuk permohonan baru:

Soalan 1: Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?

Jawapan 1: Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Soalan 2: Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Jawapan 2: Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

Soalan 3: Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?

Jawapan 3: Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

Bagaimana nak hantar permohonan baru BPN 2.0?

Cara 1 : Permohonan baru dengan menghantar borang permohonan yang dimuat turun ke pejabat LHDN berhampiran anda.

Download Borang Permohonan Baru BPN 2.0 >> Klik Sini

Cara 2: Permohonan online melalui https://bpn.hasil.gov.my/

BPN 2.0: Semakan Status Penerimaan BPN 2.0


Sila buat semakan permohonan/penerimaan BPN 2.0 terlebih dahulu. Jika tiada data atau tidak berjaya. Sila tekan butang PERMOHONAN BARU untuk isi Maklumat Peribadi dan Maklumat Waris.

Tarikh Pembayaran BPN 2.0

Untuk permohonan yang sudah berjaya/ lulus, tarikh pembayaran BPN 2.0 peringkat pertama adalah pada penghujung bulan Oktober 2020.

Fasa 1: Penghujung bulan Oktober 2020
Fasa 2: Januari 2021

Manakala, pembayaran kedua akan dibuat dan diterima penerima pada bulan Januari 2021 nanti.

Semoga perkongsian ini bermnafaat untuk semua. Tahniah jika berjaya BPN 2.0 ni ya..terima kasih pihak Kerajaan kerana prihatin dengan keperluan rakyat.

Catat Komen

0 Ulasan