BPN 2.0: Cara Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0

BPN 2.0: Cara Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0 | Hari ini merupakan hari pertama semakan status penerimaan atau status kelayakan permohonan BPN 2.0 boleh dibuat. Bagi anda yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana data anda secara automatik digunakan pihak LHDN untuk kelayakan BPN dan BPN 2.0.

BPN 2.0: Cara Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0


Siapakah Perlu Buat Permohonan Baru BPN 2.0?

Seperti perkongsian saya sebelum ni, ada 3 kriteria yang membolehkan anda mengemukakan permohonan baru. Jika anda salah seorang daripada isi rumah atau individu seperti dibawah, anda boleh hantar permohonan BPN semula.

  1. Jika anda penerima BPN 2020 dibawah kategori Bujang tetapi telah berkahwin. Anda boleh mengemukakakn permohonan baru dibawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.
  2. Pasangan kepada penerima BPN 2020 dibawah kategori Isi Rumah yang telah bercerai. Anda boleh mengemukakan permohonan baru dibawah kategori Ibu/Bapa Tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
  3. Individu bujang yang telah mencapai umur 21 tahun pada tahun 2020 atau individu yang lahir pada tahun 1999 kebawah( 1998,1997 dan kebawah)

Cara Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0

Baiklah, untuk membuat permohonan secara online, anda boleh lakukan dengan mudah sekali. Anda hanya perlukan PC/Laptop dan Data Internet hehe..

BPN 2.0: Cara Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0


Langkah 1: Buat semakan status penerimaan BPN >> https://bpn.hasil.gov.my/. Masukkan nombor kad pengenalan, taip captcha atau frasa keselamatan dan klik butang SEMAK.

Langkah 2: Jika paparan gagal atau tidak rekod. Sila tekan butang PERMOHONAN BARU.

Langkah 3: Isikan Maklumat Peribadi dan Maklumat Waris.

Langkah 4: Buat pengesahan maklumat dan tekan butang HANTAR.

Baca panduan pengguna disini - Panduan Pengguna BPN

Permohonan anda selesai. Tunggu sehingga pihak LHDN buat semakan kelayakan anda samada lulus ataupun tidak.

Semoga membantu.

Catat Komen

0 Ulasan