Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Bermula Dikreditkan Pada 4 Mei 2020

Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Bermula Dikreditkan Pada 4 Mei 2020. Bilakah tarikh pengeluaran i-Lestari KWSP akan mula dikreditkan ke akaun penerima?

Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Bermula Dikreditkan Pada 4 Mei 2020

Jika permohonan anda untuk pengeluaran i-Lestari telah diluluskan, maka anada hanya perlu tunggu pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memasukkan duit anda tu ke akaun bank yang telah didaftarkan.

Apakah Itu Pengeluaran i-Lestari?

Konsep Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Berapakah Amaun Pengeluaran i-Lestari?


Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan

Tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.


Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Tarikh Mula Pembayaran:  4 Mei 2020

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :
  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Beg Berkunci No 220, 
Jalan Sultan 46720, 
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Anda masih ada masa yang lama untuk berfikir nak keluarkan akaun 2 ataupun tidak. Jika anda betul-betul memerlukannya, buatlah pengeluaran i-Lestari, jika tidak lebih baik biarkan dalam simpanan KWSP sahaja.

Semoga perkongsian artikel Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Bermula Dikreditkan Pada 4 Mei 2020 ini membantu anda mengetahui tarikh mula kemasukan duit pengeluaran i-lestari ke akaun anda.

Catat Komen

0 Ulasan