UPSR, PT3 Tahun 2020 Dibatalkan, Sesi Persekolahan Selepas PKP Belum Diputuskan

UPSR, PT3 Tahun 2020 Dibatalkan, Sesi Persekolahan Selepas PKP Belum Diputuskan. Adakah anda mempunyai anak yang sedang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana tahun 2020 ini sepatutnya akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ? Jika ya, anda perlu ketahui bahawa UPSR dan PT3 tahun ini telah dibatalkan melalui pengumuman khas Menteri Pendidikan hari ini.

UPSR, PT3 Tahun 2020 Dibatalkan, Sesi Persekolahan Selepas PKP Belum Diputuskan

Berikut adalah petikan berita yang saya sunting dari astroawani.com:

PUTRAJAYA:  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Kata Dr Mohd Radzi, sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Menteri Pendidikan yang berlangsung dari Putrajaya pada Rabu.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Walaupun kedua-dua peperiksaan awam tersebut dibatalkan, beliau berkata KPM akan memastikan akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.


“KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” tambahnya.

Semoga dengan pembatalan ini melegakan sedikit kebimbangan ibu bapa tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka.

Bersama-sama kita doakan semoga rantaian penularan kes jangkitan COVID-19 akan dapat dibendung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kerjasama daripada semua rakyat Malaysia amat diperlukan agar usaha Kerajaan tidak sia-sia.

Sekali lagi, UPSR, PT3 Tahun 2020 Dibatalkan, Sesi Persekolahan Selepas PKP Belum Diputuskan lagi. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, pembukaan sesi persekolahan baru adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Catat Komen

0 Ulasan