Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19. Rakyat Malaysia pastinya sedang duduk dirumah ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini kan? Elakkan keluar secara kerap walaupun membeli barangan keperluan dapur. Belilah sekaligus untuk kegunaan 2 hingga 3 hari untuk mengurangkan pergerakkan diluar lebih-lebih lagi di kawasan Zon Merah ketika ini.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19


Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional untuk membantu rakyat yang terjejas dengan penularan virus pandemic COVID-19 ini.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kategori Layak Menerima BPN Bantuan Prihatin Nasional LHDN

Berdasarkan pengumumkan PM sebelum ini, berikut adalah secara ringkas kelayakan penerima BPN untuk bulan April dan Mei 2020 ini.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
ii. Bujang
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
iii. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang
Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

ii. Bujang
  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
iii. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) LHDN

Berikut merupakan jumlah bayaran yang diterima adalah secara one-off seperti berikut:

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19
Terdapat 2 kategori penerima untuk Isi Rumah dan Bujang berdasarkan jumlah pendapatan bulanan mereka. 

Adakah anda layak? jika ya, anda boleh membuat permohonan BPN atau Semak Status Permohonan BPN di laman web https://bpn.hasil.gov.my/

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) LHDN

Anda pasti tertanya-tanya, bilakah tarikh bayaran dan pengkreditan ke akaun bank penerima Bantuan Prihatin Nasional ini. 

Untuk makluman anda, berikut adalah tarikh pembayaran BPN ke akaun penerima yang layak. Anda tak perlu bersesak-sesak di ATM menyemak baki akaun kerana tarikh tersebut adalah tarikh jangkaan yang diberikan pihak LHDN untuk memasukkan wang bantuan BPN tersebut.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19

Semakan Status Permohonan BPN 

Jika anda penerima Bantuan Sara Hidup BSH 2020, anda tidak perlu menyemak dan membuat permohonan baru! anda LULUS secara automatik dalam rekod LHDNM!

Dan, jika anda Pembayar Cukai di LHDNM, anda juga tidak perlu menyemak dan membuat permohonan baru! anda adalah layak berdasarkan jumlah pendapatan bulanan yang direkodkan dalam sistem LHDN.

Buat permohonan jika nama anda tidak ada dalam rekod Bantuan Prihatin Nasional (BPN) LHDN.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19

Bagaimana cara buat semakan status permohonan BPN?

Layari https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan nombor kad pengenalan, taip kod CAPTCHA dan klik semak.

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Covid-19 ini membantu anda mengetahui tarikh bayaran bantuan BPN. Rancang kewangan dan perbelanjaan anda ketika PKP ini.

Catat Komen

0 Ulasan