Pengeluaran i-Lestari KWSP: Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun Online

Pengeluaran i-Lestari KWSP: Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun Online. Seluruh rakyat Malaysia pasti merasa terkesan dengan Perintah Larangan Pergerakan yang telah di istiharkan Kerajaan Malaysia pada 18 hingga 31 Mac 2020 lalu, dan kini kita dalam fasa kedua PKP yang akan berlanjutan sehingga 14 April 2020 nanti.


Pada 23 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP.

Tujuannya adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Berita ini disambut baik oleh rakyat, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan tentang info lanjut berkaitan e-pengeluaran Akaun 2 KWSP iaitu i-Lestari KWSP dan cara membuat pendaftaran permohonan serta pengeluaran secara online.

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:
  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)
Situasi :

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pengeluaran i-Lestari KWSP 

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Siapa yang layak memohon i-Lestari?

Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Amaun Pengeluaran i-Lestari Yang Boleh Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.


Tarikh Penerimaan Bayaran

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3 Cara Permohonan Pengeluaran iLestari KWSP

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:
  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya

dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (2) dan (3) sahaja.

Untuk info lanjut, baca FAQ yang disediakan oleh KWSP.


Bagaimanakah cara untuk Ahli membuat pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel?

Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
2. Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.

4. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
  1. Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
  2. Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Bagaimana dan apakah tempoh masa Ahli boleh membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli)?

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Apakah cara untuk Ahli mengemaskini nombor telefon untuk penerimaan TAC?

Ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel untuk mengemaskini nombor telefon dan caranya adalah seperti cara pendaftaran i-Akaun melalui e-mel diatas.

Bagaimanakah Ahli boleh mendapatkan kembali ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang telah tamat tempoh?

Ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel dan caranya adalah seperticara pendaftaran i-Akaun melalui e-mel diatas.

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Semoga perkongsian Pengeluaran i-Lestari KWSP: Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun Online ini membantu anda membuat pendaftaran dan pengkatifan serta permohonan pengeluaran akaun 2 akaun kwsp anda.

Catat Komen

0 Ulasan