Muat Turun Aplikasi MySejahtera: Pengawasan Penularan dan Penilaian Kesihatan Kendiri COVID-19


Muat Turun Aplikasi MySejahtera: Pengawasan Penularan dan Penilaian Kesihatan Kendiri COVID-19. Sudahah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera? Aplikasi ini amat penting untuk di muat turun oleh setiap rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19 bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak pandemik ini.

Muat Turun Aplikasi MySejahtera: Pengawasan Penularan dan Penilaian Kesihatan Kendiri COVID-19

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
  1. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19
  2. Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
  3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19
  4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Proses Pendaftaran Sebagai Pengguna Aplikasi Mysejahtera

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
Langkah 3: Tekan 'Hantar'. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan 'Hantar'
Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan 'Hantar'. Anda akan mendapat mesej 'Pendaftaran Berjaya'
Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk

Jenis Klasifikasi Tahap Kesihatan Yang Dinyatakan Dalam Aplikasi Mysejahtera

Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?

Muat Turun Aplikasi MySejahtera: Pengawasan Penularan dan Penilaian Kesihatan Kendiri COVID-19

Untuk mengetahui maklumat terkini dan sebaran info terbaharu mengenai COVID-19, anda boleh join channel telegram berikut:

Majlis Keselamatan Negara (MKN) - https://t.me/MKNRasmi

Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) - https://t.me/cprckkm

Pastikan anda menyemak kedua-dua channel telegram ini, dan laman web Sebenarnya.my untuk KESAHIHAN berita sebelum disebarkan/dikongsikan dengan orang lain.

Elakkan daripada menyebarkan BERITA PALSU. Kesalahan ini amat serius dan anda mungkin didakwa di Mahkamah.

Semoga dengan tip panduan Muat Turun Aplikasi MySejahtera: Pengawasan Penularan dan Penilaian Kesihatan Kendiri COVID-19 ini membantu anda membuat penilaian kesihatan kendiri ketika penularan wabak COVID-19.

Catat Komen

0 Ulasan