Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA)

Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA). Selain daripada Bantuan RM600 sebulan PERKESOPengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP, dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut menyediakan Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.

Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA)

Walaubagaimanapun, bukan semua rakyat yang terjejas adalah layak memohon bantuan khas covid-19 NADMA ini. Bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan atau tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP).

Dalam artikel ini, saya akan cuba terangkan syarat kelayakan, berapa kadar bantuan, kaedah atau cara permohonan, dokumen yang diperlukan, dan cara bayaran bantuan khas CPVID-19 kepada penerima yang layak.

Apakah Itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)?

NADMA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang bertindak sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana termasuk banjir dan penularan kes jangkitan virus COVID-19 pada ketika ini.

Agensi ini betanggungjawab memastikan segala bantuan mangsa dapat disalurkan dengan lebih efektif dan tersusun.

"NADMA diwujudkan bukan untuk ambil fungsi agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi untuk menguruskan dan menyelaras apa juga bencana yang berlaku di negara kita”

Syarat Kelayakan Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Berikuta adalah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas COVID-19 yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA):

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.


Pemohon Yang Tidak Layak Adalah:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Berapa Kadar Bantuan NADMA?

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Cara Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang dinyatakan diatas, anda boleh membuat permohonan dengan muat-turun dokumen-dokumen berkaitan dan hantar melalui pos ke NADAM.
Berikut adalah cara permohonan bantuan khas ini:

  1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my
  2. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  3. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  4. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Untuk melengkapkan Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA, anda perlu menyediakan dan melampirkan dokumen-dokumen seperti dibawah ini untuk dihantar melalui pos ke NADMA.

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

  • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

  • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.


Cara Bayaran Bantuan Khas NADMA

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Download Dokumen Berkaitan Bantuan Khas COVID-19 NADMA


  1. Garis Panduan  [ DOWNLOAD SINI ]
  2. Lampiran A [ DOWNLOAD SINI ]
  3. Lampiran B [ DOWNLOAD SINI ]
  4. Lampiran C [ DOWNLOAD SINI ]

Semoga dengan perkongsian Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA) ini membantu anda membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 bagi menampung segala perbelanjaan bagi yang terjejas pendapatan  akibat penularan virus pandemic ini.

Catat Komen

0 Ulasan