Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit. Adakah anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang lulus permohonan tetapi gagal dikreditkan ke akaun maka dalam artikel ini, akan dikongsikan Tarikh Bayaran Tunai, Cara Bayaran dan Senarai BSN yang dibuka seluruh Negara bagi memudahkan anda datang ke Kaunter BSN bagi kategori B40.

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit

Sehingga 17 April 2020, Kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40), melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Cara Bayaran Secara Tunai Di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sehubungan itu, penerima berkenaan boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my  atau lihat gambar dibawah ni:

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit
Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat semakan nombor siri atau baucer di laman web BPN. Setelah anda dapatkan nombor siri tersebut, anda bolehlah membuat penunaian baucer tersebut di Kaunter BSN bermula 17 April 2020. Manakala, untuk penerima M40 pula yang berstatus gagal kredit, anda perlu mengemaskini ezHASIL di mlaman web LHDNM untuk dikreditkan ke akaun bank anda.

Dokumen Diperlukan Semasa Tunaikan Baucer BPN Di Kaunter BSN

Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing- masing, dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan dari anggota Polis dan RELA yang bertugas.

Inisiatif di atas adalah hasil dari langkah PRIHATIN di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan Kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

Semakan Senarai BSN Terpilih Beroperasi Hujung Minggu Bagi Pembayaran BPN

Anda pasti nak tahu, adakah BSN ditempat anda terpilih untuk Tunaikan Baucer BPN kan? Untuk makluman, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyenaraikan Cawangan BSN yang terpilih untuk anda tunaikan BPN.

Dibawah ini adalah senarai penuh yang Pihak BSN bagitau melalui laman web BSN:

Cawangan Yang Dibuka Untuk Pembayaran BPN Pada Hujung Minggu


Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit

Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit


Semoga dengan perkongsian Cara Tunaikan BPN di Kaunter BSN Bagi B40 Yang Tiada akaun Bank Atau Gagal Kredit ini membantu anda. Hebahkan kepada penerima BPN lain yang tidak mempunyai akaun bank atau pembayaran ke akaun bank gagal.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. TErima kasih kerana berkongsi..bapa saya cuba pergi BSN semalam dan akhirnya berjaya tunaikan

    BalasPadam