Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online

Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online. Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) kepada rakyat Sarawak pada 23 Mac 2020 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah kumpulan B40 dalam menghadapi kesan penularan wabak pandemik COVID-19.

Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online

SERAMAI 430,000 RAKYAT SARAWAK AKAN MENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN SEBANYAK RM250 UNTUK ENAM BULAN MELALUI BKSS INI.

Menurut kenyataan Setiausaha Kerajaan Sarawak, senarai penerima bayaran bantuan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Oleh yang demikian, permohonan bagi BKSS adalah tidak diperlukan. Anda yang telah layak menerima BSH 2020 adalah secara automatik layak Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Kaedah Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Bantuan ini juga akan disalurkan secara teratur dan efisien melalui dua (2) cara iaitu:

PERTAMA – Bagi penerima yang memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing pada setiap 15 haribulan untuk 6 bulan bermula dari April hingga September 2020.

KEDUA – Lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan tempat kediaman penerima bantuan.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Pembayaran untuk BKSS ini akan melalui dua fasa iaitu :

  • Fasa Pertama  - 15 hingga 30 April 2020
  • Fasa Kedua  - 15 hingga 30 Ogos 2020

Kerajaan Sarawak juga turut menggalakkan penggunaan ‘SarawakPay’ untuk berbelanja semasa penularan wabak COVID-19 ini.

Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online

Semoga warga Sarawak yang layak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS ini dapat menampung sedikit perbelanjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.

Hebahkan juga artikel Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online ini agar lebih ramai tahu syarat kelayakan dan tarikh pembayaran BKSS ini.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Sya lulus bhs byran fsa prtma..knpa bantuan bkss sya blum dpt lgi

    BalasPadam