Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang. Adakah anda ingin memohon pengeluaran akaun 2 KWSP? Pengeluaran i-Lestari sebelum ini memang agak merumitkan yang mana perlu pengesahan pemilikan telefon bimbit dan salinan penyata akaun bank.

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang

Ramai yang merungut, cara sebelum ini agak menyusahkan kerana kaedah yang memerlukan pengisisan borang dan pendaftaran i-Akaun KWSP ahli. Jika anda berada di bandar mungkin lebih mudah dengan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi, walaubagaimanapun dengan laman web baru i-Lestari.kwsp.gov.my ini, sesiapa pun boleh memohon dengan mudah tanpa perlu membuat pendaftaran i-Akaun Ahli KWSP.

Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Jika anda mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP, anda boleh membuat permohonan pengeluaran dengan mudah ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berlangsung.

PM sebelum ini telah mengumumkan untuk memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan penularan virus COVID-19 di seluruh negara untuk membolehkan rakyat membuat pengeluaran dalam Akaun 2 Ahli KWSP.

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang

Saya akan kongsikan dengan anda, langkah mudah memohon pengeluaran i-Lestari sebagai panduan kepada anda:

Langkah 1: Layari laman web - https://ilestari.kwsp.gov.my/
Langkah 2: Pilih PERMOHONAN BARU
Langkah 3: Isikan NAMA PENUH, NO MYKAD, NO TELEFON BIMBIT, ALAMAT E-MEL, ALAMAT dan POSKOD
Langkah 4: Pilih AMAUN DIPOHON SEBULAN (RM)
Langkah 5: Pilih BANK dan MASUKKAN NOMBOR AKAUN(SIMPANAN/SEMASA) AKTIF
Langkah 6: Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
Langkah 7: Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU
Langkah 8: Pastikan semua maklumat yang diisi BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR
Langkah 9: Permohonan pengeluaran anda sudah berjaya dihantar

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang

Mudah kan? ianya semudah ABC kan..hehe..

Bila keputusan permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dilakukan? Anda boleh semak keputusan permohonan pengeluaran dalam masa DUA(2) hari daripada tarikh permohonan dilakukan.

Terima kasih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana telah mewujudkan laman web i-Lestari.kwsp.gov.my ini demi membantu rakyat Malaysia mengeluarkan wang dalam Akaun 2 bagi menampung perbelanjaan ketika PKP ini.

Semoga anda yang membaca artikel Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang ini dapat membuat permohonan dengan mudah dan berjaya nanti.

Catat Komen

0 Ulasan