Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Cara Menolak dan Memulangkan Balik Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Adakah anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diluluskan secara automatik melalui rekod Bantuan Sara Hidup (BSH) dan rekod percukaian LHDNM?

Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Jika anda merasakan anda masih mampu dan merasakan tidak layak diberikan Bantuan Prihatin Nasional pada tahun 2020 ini, ataupun merasakan ada orang lain yang lebih memerlukan BPN. Anda boleh dengan sukarela membuat penolakan dan memulangkan semula bayaran kepada pihak Kerajaan.

Untuk makluman, rekod penerima BSH dan rekod pembayar cukai adalah daripada tahun taksiran 2018. Jadi, rekod pendapatan anda mungkin berbeza pada tahun 2020 ini, anda dinasihatkan untuk mengemaskini data peribadi di BSH atau LHDNM.

Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) April dan Mei 2020

Berikut adalah syarat kelayakan penerima BPN mengikut pendapatan bulanan isi rumah B40, isi rumah M40, bujang B40 dan bujang M40.
Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Jika anda tidak layak menerima BPN tetapi telah menerima wang BPN tersebut, anda boleh dengan sukerela mengembalikan wang BPN tersebut melalui cara dibawah yang akan saya terangkan.

Cara Menolak dan Memulangkan Balik Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) COVID-19

Dikhabarkan, ada Ahli Parlimen dan orang kenamaan yang telah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuat penjelasan keatas laporan media tersebut.

Dibawah ini merupakan petikan kenyataan media LHDNM mengenai penjelasan terhadap isu ini:
Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Berdasarkan kenyataan media ini, berikut adalah cara-cara untuk buat penolakan dan pemulangan semula bayaran BPN:

  1. Mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad;
  2. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  3. Dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Semoga dengan perkongsian Cara Menolak dan Memulangkan Semula Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini dapat membantu anda menolak dan memulangkan semula BPN dan diberikan kepada warga Malaysia yang lebih memerlukan.

Catat Komen

1 Ulasan