Cara Memohon BPN Jika Tiada Nombor Akaun Bank

Cara Memohon BPN Jika Tiada Nombor Akaun Bank. Sejak beberapa hari ini, banyak carian di enjin carian google, yahoo dan bing berkaitan cara mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) jika pemohon tidak mempunyai akaun bank peribadi. Kebanyakkan permohon BPN LHDNM keliru dengan status kelayakan mereka samada lulus secara automatic melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun tidak.
Cara Memohon BPN Jika Tiada Nombor Akaun Bank

Pihak LHDNM telah memaklumkan bahawa ada 2 kategori yang tidak perlu membuat permohonan BPN iaitu penerima BSH 2020 dan Pembayar Cukai Pendapatan di LHDN melalui E-Filing. Jika anda belum memohon BSH 2020 dan kini berumur 21 tahun, anda perlu membuat permohonan baru melalui laman web BPN Hasil.

Tiada Akaun Bank, Bagaimana Nak Mohon BPN Online?

Didalam artikel ini, saya akan kongsikan bagaimana memohon BPN online sekiranya tiada akaun bank peribadi. Seperti yang kita tahu, apabila mengemaskini maklumat untuk penerimaan bantuan, pasti akan disertakan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pengkreditan dan pengeluaran wang bantuan nanti. Dengan adanya nombor akaun, wang akan terus masuk ke akaun bank. Tetapi, bagaimana kalau tiada akaun bank?

Cara Memohon BPN Jika Tiada Nombor Akaun Bank

Berdasarkan gambar diatas, Johari tiada akaun bank untuk disertakan semasa membuat permohonan BPN. Tetapi, beliau difahamkan dalam FAQ LHDN pada para nombor 5 Kaedah Pembayaran. Ia menyatakan jika tiada akaun, bayaran akan dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional. Jadi, beliau masih keliru samada memang benar begitu ataupun perlu disertakan juga akaun bank semasa permohonan.

Menurut Siti, memang tidak dinafikan FAQ LHDNM ada menyatakan jika tiada akaun bank, pembayaran akan dibayar secara tunai terus kepada penerima di kaunter BSN. Walaubagaimanapun, Siti mencadangkan anda yang mempunyai masalah ini terus menghubugi LHDNM di talian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 atau hantar permasalahan/pertanyaan mesej di Page FB LHDN.

Tiada Akaun Bank, Pembayaran BPN Hasil Melalui Baucer Di Kaunter BSN

Seperti yang anda ketahui, ya anda boleh memohon namun perlu menghubungi pihak LHDN kerana didalam borang permohonan baru BPN - https://bpn.hasil.gov.my/ ruangan Nama Bank dan No Akaun Bank adalah WAJIB diisi untuk permohonan baru BPN.

Cara Memohon BPN Jika Tiada Nombor Akaun Bank

Kaedah pembayaran untuk pemohon yang tiada akaun bank kemungkinan besar adalah melalui kaedah baucer bank.

Penunaian baucer ini hanya boleh dilakukan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) atau secara minima di bank-bank terlibat.

Namun, anda perlu menunggu kaedah yang ditetapkan oleh pihak LHDN untuk anda menerima bantuan prihatin nasional ini.

Elakkan mempercayai sebarang mesej berantai yang tidak tentu kesahihannya, anda perlu merujuk terus dengan pihak LHDN untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat bagi masalah ini.

Semoga permohonan anda berjaya nanti.

#stayathome #staysafe #dudukdirumah

Catat Komen

12 Ulasan

  1. Sye tidak acc. Untuk bsh nie. Cam mna nk buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lulus BSH ke? kalau belum perlu kemukakan permohonan di laman web BPN. Jika lulus BSH automatik lulus BPN, tak ada akaun x apa, boleh ambil tunai di kaunter bank BSN nanti

      Padam
  2. Untuk gagal kredit, dah boleh claim dkat bsn ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujuk FAQ no.4 ii. Bagi penerima BPN di bawah kategori B40 yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal
      kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat
      Perintah Kawalan Pergerakan

      https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf

      Padam
  3. Status lulus bpn.sms dri lhdn pun sda sya trma.sya tdk ada no acc.suami penerima bsh dan pmbyran k acc suami..smpi skrg blm ada msuk acc??bole ambl secara tunai kaunter bsn atau mau mcm mna ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah semak status? untuk ambil di kaunter BSN, hanya apabila Nombor Siri telah dipaparkan di portal BPN.

      Penunaian boleh dilalukan selepas PKP.

      Baca FAQ No. 6 - https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf

      Padam
  4. Sy lulus tapi bpn saya gagal masuk kn wang ke acc saya ...macam mana saya nok mohon....atau baucer akan sampai kepada saya....pergi bsn pun dia suruh tggu rumah...baucer akn sampai kepada saya....betol ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut FAQ No. 6 ni, https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf

      Anda hanya perlu tunggu sehingga Nombor Siri dipaparkan di portal BPN. Boleh semak portal BPN dari masa ke semasa. Penunaian, hanya selepas BPN. Harap maklum.

      Padam
  5. Anak saya berumur 26tahun.belum pernah apply bsh dan tiada akaun bank...borang manakah perlu di isi utk pemohon yg menerima baucer bpn

    BalasPadam
  6. Anak saya umur 26 tahun belum pernah ambil bsh...dan tiada akaun bank..macam mana nak isi borang untuk buat permohonan bpn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umur anak 21 tahun keatas dan bujang boleh memohon BPN, nombor akaun bank adalah WAJIB diisi dalam borang permohonan. Setakat ini, LHDN x ada maklumkan cara lain utk mengisi bagi permohonan baru dan tiada akaun bank.

      Walaubagaimanapun, awak boleh call Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000

      Sekian.

      Padam
  7. saya tiada bank acc, tapi saya telah memilih jawapan muflis/senarai hitam semasa memohon BPN online.

    BalasPadam