Cara Aktifkan Akaun Maybank Dormant Account

Cara Aktifkan Akaun Maybank Dormant Account. Adakah anda mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan Malayan Banking Berhad atau Maybank?

Cara Aktifkan Akaun Maybank Dormant Account

Anda nak buat transaksi perbankan, nak keluarkan duit atau nak transfer duit tetapi gagal? Bila disemak melalui maybank2u, status akaun terpapar tulisan berwarna merah yang mengatakan akaun Maybank anda “Dormant”.

Mengapa Akaun Maybank Boleh Bertukar Status Dormant Account?

“Dormant account” adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi deposit atau pengeluaran untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan. Namun, akaun simpanan dan akaun semasa adalah berbeza, status dormant akan berlaku jika:

Akaun simpanan akan dianggap sebagai “Dormant” jika akaun berkenaan tidak mempunyai transaksi untuk tempoh berterusan selama 12 bulan.

Manakala, akaun semasa akan dianggap sebagai “Dormant” jika akaun berada dibawah syarat-syarat berikut:

  1. Akaun dengan Baki Kredit - tiada transaksi untuk satu (1) tahun
  2. Akaun Overdraf (OD) - tidak ada transaksi selama 3 bulan
  3. Apabila akaun anda menjadi dorman, pihak bank akan menghantar notis ke alamat surat-menyurat yang berdaftar untuk mengingatkan anda untuk mengaktifkan akaun anda atau memberi arahan yang diperlukan ke atas pelupusan baki kredit.

Sebagai tambahan, sekiranya baki akaun anda adalah sebanyak RM10 atau kurang, pihak bank juga akan memaklumkan hasratnya untuk menutup akaun berkenaan. Bank akan menghantar peringatan kedua sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda (iaitu pengaktifan akaun atau pelupusan baki kredit) dalam tempoh 3 bulan selepas notis pertama. Jika masih tiada jawapan selepas notis kedua, bank boleh meneruskan untuk menutup akaun tersebut dan menyerap baki yang ada sebagai yuran perkhidmatan.

Untuk akaun dengan baki melebihi RM10, akaun akan dikenakan yuran dorman perkhidmatan sebanyak RM10 setahun sehingga baki terakhir atau sehingga 7 tahun, yang mana lebih awal.

Cara Aktifkan Akaun Maybank Status Dormant Account

Jika akaun saya telah bertukar "Dorman", bagaimana saya boleh mengaktifkan semula akaun tersebut?

Cara Aktifkan Akaun Maybank Dormant Account

Anda boleh mengaktifkan akaun anda dengan memilih salah satu daripada pilihan-pilihan berikut:

  1. Pemegang akaun melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di kaunter Maybank.
  2. Pemegang akaun hadir sendiri di mana-mana cawangan bersama dokumen pengenalan diri yang sah dan memohon untuk mengaktifkan akaun dorman.
  3. Pemegang akaun menghantar surat atau memulangkan 'Notis' yang dihantar oleh bank memohon untuk mengaktifkan semula akaun dormant tersebut. Tandatangan pemegang akaun pada surat/notis mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
  4. Pihak ketiga menyediakan surat pengesahan daripada pemegang akaun yang memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk membuat deposit ke dalam akaun. Tandatangan pemegang akaun pada surat pengesahan tersebut mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.

Apa Akan Terjadi Jika Akaun Dorman Ini Dibiarkan?

Apabila akaun anda masih dorman untuk tempoh 7 tahun, akaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), bakinya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

So, jika tak nak bersusah payah nak tuntut duit dekat website egumis anm gov my, lebih baik maintain akaun Maybank aktif atau tutup sahaja akaun Maybank jika tidak digunakan. Akaun dorman ni, Duit Masuk Boleh, Duit Keluar Tak Boleh! 

Demikianlah, Cara Aktifkan Akaun Maybank Dormant Account untuk panduan mudah anda. Manalah tahu, akaun Maybank yang tak aktif ini yang telah didaftarkan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Catat Komen

0 Ulasan