Borang Permohonan Bantuan Makanan B40 Semasa Wabak COVID-19

Borang Permohonan Bantuan Makanan B40 Semasa Wabak COVID-19. Adakah anda tergolong dalam isi rumah B40 dan memerlukan bantuan bekalan makanan semasa wabak COVID-19 masih menular sekarang ini? Jika anda B40, anda boleh memohon bantuan bekalan makanan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan.

Borang Permohonan Bantuan Bekalan Makanan B40 Semasa Wabak COVID-19

Disebabkan masih banyak kes positif COVID-19 di Malaysia, pengumuman khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin dimana untuk Fasa kedua ini diteruskan sehingga 14 April 2020.

Ini bermakna, hanya tinggal 4 hari lagi untuk kita melalui Fasa PKP kedua ini. Namun, PM akan menyampaikan perutusan khas pada jam4 petang, 10 April 2020 untuk pengumuman selanjutnya adakah PKP akan diteruskan ataupun tidak.

Sebelum itu, bagi anda yang masih merasakan tidak mencukupi bekalan makanan sehingga tamat PKP, anda boleh memohon bantuan bekalan makanan khas untuk B40 dibawah ini.

Permohonan Bagi Dapatkan Bantuan Bekalan Makanan Untuk B40

Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan. Sehubungan itu, program ini akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.

Mereka juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.

Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.


Syarat-Syarat Pemohon Bantuan Makanan B40

1) Pendapatan Isi Rumah

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

2) Tanggungan Isi Rumah

Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji

Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19

4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga

Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

5) Peniaga Pasar Malam

Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

6) Ibu Tunggal
Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

Sila isi borang permohonan di bawah ini.

Isi Borang Bantuan Makanan B40 - https://sadaqahmarket.com/borang-permohonan-bantuan-bekalan-makanan-untuk-b40/

Semoga dengan perkongsian Borang Permohonan Bantuan Makanan B40 Semasa Wabak COVID-19 ini dapat membantu anda mendapatkan Bantuan Bekalan Makanan untuk menampung perbelanjaan ketika wabak COVID-19 masih memaksa kerajaan kita melaksanakan PKP demi keselamatan dan kesihatan rakyat.

Catat Komen

0 Ulasan