Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia. Jika anda adalah seorang warga Negeri Sabah yang sedang bekerja dan tergolong dalam kategori B40 di Semenanjung Malaysia, anda pasti sudah mengetahui yang anda tidak terpinggir dengan Bantuan Covid-19 yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang telah dilanjutkan sehingga tahap 3 iaitu akan berakhir pada 28 April 2020 nanti.

Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Untuk makluman anda, pada 08 April lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang berjumlah RM300 secara One-Off.

Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP) berlangsung. Sehubungan dengan itu, rakyat Sabah boleh membuat semakan dan membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 Khas Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia.


Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 Khas Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah (PPNS), warga Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang tergolong dalam kategori B40 boleh membuat permohonan secara atas talian(online).

Cara memohon bantuan khas warga Sabah B40 di Semenanjung Malaysia ini adalah dengan memohon melalui langkah-langkah berikut:



Langkah 1 - Layari https://wecare.sabah.gov.my/permohonan
Langkah 2 - Lengkapkan Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia seperti maklumat berikut

  • Maklumat Peribadi (No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon, Pekerjaan, Sektor Pekerjaan, Alamat Pekerjaan)
  • Maklumat Pendapatan
  • Maklumat Akaun Bank
  • Pengesahan Maklumat
Langkah 3 - Kemudian, klik butang "Simpan dan Teruskan Permohonan"
Langkah 4 - Anda boleh semak status permohonan dari masa ke semasa.

Sebelum ini, pihak Kerajaan Negeri Sabah memaklumkan untuk membuat semakan dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Ampang, namun kini anda boleh membuat permohonan secara online melalui laman web wecare sabah gov my seperti langkah-langkah yang saya terangkan diatas.

Tarikh Bayaran Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Saya difahamkan, bayaran sebanyak RM300 akan dikreditkan ke akaun penerima secara One-Off pada tarikh yang akan ditentukan nanti.

Bila tarikh bayaran bantuan khas We Care B40 warga Sabah di Semenanjung Malaysia ini? Kita sama-sama nantikan pengumuman atau makluman daripada pihak Kerajaan Sabah.

Tarikh Bayaran - Akan dimaklumkan

Stay at home! Stay Safe! kekalkan penjarakkan sosial 1 meter dan ikuti arahan kerajaan melalui Channel Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN)https://t.me/MKNRasmi dan Channel Telegram Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia (CPRC) - https://t.me/cprckkm

Semoga dengan pemberian Bantuan Khas We Care B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia ini membantu meringankan bebanan perbelanjaan anda ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.

Sekian untuk perkongsian Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia. Semoga membantu anda semua. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan, keluarga dan warga Sabah yang lain di Semenanjung Malaysia.

Catat Komen

0 Ulasan