Semakan Status Permohonan Bantuan Kebajikan JKM Online

Semakan Status Permohonan Bantuan JKM Online. Adakah anda individu yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2020 ini? Tahukah anda, semakan status permohonan bantuan Bantuan JKM tahun 2020 kini boleh disemak secara atas talian? Ya, anda boleh membuat semakan bantuan JKM secara online memerusi laman sesawang  JKM.

Semakan Status Permohonan Bantuan Kebajikan JKM Online

Pengenalan Skim Bantuan Kebajikan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan


  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup


Semakan Status Permohonan Bantuan JKM Online

Didalam artikel kami akan kongsikan dengan anda berkenaan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2020 termasuk memaparkan cara dan bagaimana membuat semakan online.

Semakan Status Permohonan Bantuan Kebajikan JKM Online

Untuk membuat semakan bantuan JKM online, ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Layari laman web http://spbk.jkm.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada butang ‘Semakan Status Permohonan Talian’ 
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang ‘Semak’
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima


Syarat Kelayakan Memohon Bantuan Kebajikan Masyarakat JKM

Untuk melayakkan seseorang itu menerima Bantuan JKM, berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan ini.

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Orang Tua (BOT)
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA)
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS)


Cara Permohonan Bantuan Kebajikan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Yang Berkaitan Permohonan Bantuan Kebajikan JKM



Semoga perkongsian Semakan Status Permohonan Bantuan Kebajikan JKM Online ini sedikit sebanyak membantu anda menyemak status bantuan kebajikan secara online.

Catat Ulasan

0 Ulasan