Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM (Dana Inspirasi Malaysia)

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM (Dana Inspirasi Malaysia). Sudahkah anda menyemak status permohonan Dana Inspirasi Malaysia YaPIEM tahun 2020? Bilakah tarikh semakan keputusan atau status permohonan? Untuk makluman, ibu bapa yang telah membuat permohonan Dana Inspirasi Malaysia YaPIEM fasa yang pertama telah dikeluarkan pada 16 Mac 2020.

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM (Dana Inspirasi Malaysia)

Semakan status permohonan Dana Inspirasi Malaysia untuk bantuan persekolahan awal dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh disemak secara online menerusi laman web rasmi YaPIEM mulai 16 Mac 2020. Tahniah kepada anda yang telah berjaya, pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) dalam usaha menyalurkan dana bantuan persekolahan ini kepada penerima yang berjaya.

Dana Inspirasi Malaysia atau juga dikenali sebagai Inspirasiku adalah satu inisiatif daripada Kerajaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM). Ia bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan pelajar khususnya keluarga berpendapatan rendah B40. Inisiatif bantuan ini diberikan untuk persiapan persekolahan dan persediaan kemasukan ke insitusi pengajian tinggi (IPT).

Semakan Status Bantuan Persekolahan dan IPT YAPIEM

Didalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana buat semakan status bantuan persekolahan dan IPT YaPIEM bagi tahun 2020.

Tarikh semakan status permohonan Dana Inspirasi Malaysia YAPIEM untuk fasa pertama adalah pada 16 Mac 2020.

Cara Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia YAPIEM Secara Online adalah:

Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM (Dana Inspirasi Malaysia)

  1. Layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) - http://eamal.yapeim.my/semakan/
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan tanpa ‘ – ‘ pada ruangan disediakan dan klik butang ‘SEMAK’
  3. Keputusan akan dipaparkan samada permohonan ‘DILULUSKAN’ atau ‘SEDANG DIPROSES’


Apakah Manfaat Dana Inspirasi Malaysia Kepada Pelajar Sekolah dan IPT?


  • Bantuan Kewangan sebanyak / sehingga RM500 seorang anak bagi sekolah rendah dan menengah.
  • Bantuan Kewangan sebanyak / sehingga RM1,000 seorang pelajar bagi Institusi Pengajian Tinggi.
Bantuan ini akan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan ke akaun pelajar berkenaan. Kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan anda diluluskan.

Syarat dan Kriteria Permohonan


  • Lebihan pendapatan keluarga bersamaan atau tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata adalah RM 930.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM1,170 bagi Sabah/Labuan dan RM990.00 bagi Sarawak. 
  • PGK Kemiskinan tegar pula ditetapkan sebanyak RM580.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM710 bagi Sabah/Labuan dan RM 660.00 bagi Sarawak.

Kelayakan Permohonan


  • Sekolah rendah : Tahun 1 – Tahun 6
  • Sekolah menengah : Tingkatan 1 – Tingkatan 6 atas

Institut Pengajian Tinggi :
a) Sijil
b) Diploma
c) Ijazah

Bagaimanakah cara mendapatkan borang permohonan?

  1. Laman web www.yapeim.my; 
  2. Laman Inspirasiku Dana Inspirasi Malaysia;
  3. Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri atau YaPEIM

Sebarang soalan berkaitan Dana Inspirasi Malaysia YaPIEM, anda boleh membaca Soalan Lazim berkaitan ini disini - https://www.yapeim.my/soalan-lazim/

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan semula untuk fasa kedua nanti.

Semoga perkongsian artikel Semakan Status Bantuan Persekolahan IPT YAPIEM (Dana Inspirasi Malaysia) ini membantu anda membuat semakan dan permohonan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020.

Catat Komen

0 Ulasan