Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP

Adakah anda pekerja swasta yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji? Nak tahu bagaimana cara mohon bantuan RM600 sebulan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)?

Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda panduan untuk semua pekerja swasta yang ingin membuat permohonan Program Pengekalan Pekerjaan tahun 2020. Kerajaan telah mengumumkan satu skim Bantuan Kewangan iaitu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dengan bantuan sebanyak RM600 sebulan khas buat pekerja yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Permohonan Bantuan Kewangan Program  ERP RM600 PERKESO Online

Untuk makluman anda, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan segera (Immidiate Assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada majikan untuk setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19. ERP meliputi semua pekerja sector swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang mencarum dengan Sistem Insuran Pekerjaan ( SIP).

Program ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji (CTG).

Oleh itu, berikut adalah maklumat tentang Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan untuk memudahkan anda menyemak syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online.

Syarat Kelayakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah seperti berikut:

  1. ERP meliputi semua pekerja swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP.
  2. Pekerja sector swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
  3. ERP terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja
  4. Majikan yang melaksanakan Cuti Tanpa Gaji (CTG) (Notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020)
  5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja terbabit.

Bagaimana Cara Permohonan Bantuan RM600 PERKESO?

Pasti anda nak tahu cara permohonan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) RM600 ini kan?

Dibawah ini saya konsgikan dengan anda cara permohonan ERP ini.

1. Majikan yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menghantar permohonan secara dalam talian yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dapatkan Borang Permohonan disini : https://www.perkeso.gov.my/images/erp/LAMPIRAN_1_-_BORANG_ERPC_FINAL.pdf

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama boring ini adalah:

  • Salinan Penyata Akaun Perusahaan beserta Nombor Pendaftaran Majikan (ID Pengenalan Bank)
  • Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja yang terlibat.

2. Borang ERPC-19 yang telah dilengkapkan yang beserta format Excel sebagai lampiran (jika ada) dihantar melalui emel: erpc19@perkeso.gov.my

3. Bagi tuntutan yang ke 2- ke 6, boring ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan semasa membuat permohonan ERP:

  1. Surat Notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) yang mengandungi senarai pekerja terlibat
  2. Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C – 19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.
ERP yang diterima layak diterima adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.

Jika anda mempunyai sebagarng pertanyaan lanjut berkenaan ERP ini, elakkan tertipu dengan maklumat yang tidak sahih daripada lain-lain sumber selain PERKESO. Berikut adalah talian Pergai Perkhidmatan Pelanggan Perkeso 1300-22-8000 atau email kepada perkeso@perkeso.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan info. Terus layari laman web rasmi PERKESO.

Catat Komen

0 Ulasan