Usahawan PKS Perlu Sertai Alliance Bank-EcoWorld BizSmart Challenge Untuk Rebut Hadiah 1.5 Juta

Usahawan PKS Perlu Sertai Alliance Bank-EcoWorld BizSmart Challenge Untuk Rebut Hadiah 1.5 Juta

Adakah anda usahawan dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)? Berita gembira untuk anda, yang mana Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) dalam usaha untuk menyasarkan sehingga 600 permohonan dalam kalangan perusahan kecil dan sederhana melalui program keusahawanan Alliance Bank-EcoWorld BizSmart Challenge bagi musim terbaharunya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Joel Kornreich berkata, pihaknya percaya jumlah itu boleh dicapai berdasarkan sambutan memberangsangkan pada tahun lalu yang menyaksikan 400 pemohonan diterima untuk menyertai program terbabit.

Untuk tahun ini, program ini akan menawarkan hadiah yang lebih tinggi membabitkan RM1.5 juta tunai, tajaan produk dan liputan media.

Selepas program cabaran ini tamat, pihak Alliance Bank akan menawarkan pembiayaan bebas cagaran sehingga RM5 juta dan mewujudkan pasukan Penasihat Perbankan PKS khusus untuk membantu 20 peserta akhir program ini dalam perjalananan keusahawanan masing-masing.

Sejak diperkenalkan pada 2013, program yang dijalankan bersama EcoWorld itu menyediakan latihan perniagaan, bimbingan, rangkaian, pendedahan jenama dan pembiayaan kepada pemilik perniagaan.


Hadiah dan Kelebihan Menyertai Cabaran Alliance Bank-EcoWorld BizSmart ini?

Tawaran hadiah yang sangat menarik dan lumayan ini pasti akan menarik minat usahawan PKS diluar sana. Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Usahawan PKS Perlu Sertai Alliance Bank-EcoWorld BizSmart Challenge Untuk Rebut Hadiah 1.5 Juta


Grand Prize – Hadiah wang tunai dan liputan media bernilai RM500,000
First Runner-up – Hadiah wang tunai dan liputan media bernilai RM400,000
Second Runner-up – Hadiah wang tunai dan liputan media bernilai RM300,000

Disamping itu terdapat 4 kategori Award yang akan diberikan iaitu:

Manulife Sustainability Award – Wang Tunai RM100,000
Visa Award – Wang tunai RM100,000
Media Prima TV Networks Award – Tajaan Liputan Media
Celcom Business Innovation Award – Wang Tunai RM50,000

Menariknya, untuk Top 20 Finalis cabaran ini, mereka akan berpeluang pembiayaan kewangan daripada Alliance Bank.

Manakala, untuk Top 10 Finalis akan diberikan Kontrak 12 bulan Celcom Business Suite Retail Gold Plan bernilai RM7,860 setiap peserta


Bagaimana Jenama Anda Dapat Manfaat Dalam Cabaran Ini?

Alliance Bank menjanjikan “Brand Exposure” untuk produk anda. Dengan liputan melalui TV, siaran Media Digital, Akhbar dan Liputan Siaran Radio.

Cara-Cara Penyertaan Alliance Bank-EcoWorld BizSmart Challenge

Cara untuk usahawan PKS menyertai cabaran ini, mudah saja. Ikuti 2 langkah ini dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik dari Alliance Bank ini.

Inia da 2 cara untuk menghantar penyertaan :

1. Isi borang penyertaan di laman web Alliance Bank ini – Sign Me Up

Hantar sebelum 6 Febuari 2020

2. Hantar penyertaan melalui Instagram Story Business Pitch – Find Out More

Hantar sebelum 15 Januari 2020


Maklumat Lanjut Cabaran – Klik Sini 

Semoga penyertaan anda membuka mata para juri pertandingan ini seterusnya membawa kejayaan kepada perniagaan anda. 

Semoga berjaya.

Catat Komen

0 Ulasan