bisnesaiskrim

Lawatan YB Datuk Ewon Benedick Ke Makmal Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd

Semalam, 3hb Disember 2019 Makmal Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd telah menerima lawatan rasmi YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kehadiran Menteri ini diiringi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Fredian Gan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Matunggong Barlus Mangabis, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Francis Chong dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Lawatan kerja sehari YB Datuk Ewon Benedick ini meliputi kawasan Daerah Kecil Matunggong. Termasuklah Makmal R & D Kosmetik kami.

Dibawah ni gambar ketika lawatan YB Datuk Ewon Benedick di Makmal Norcy Beautylab Sdn Bhd.


















Terima kasih Datuk dengan lawatan ini. Kami di Norcy Beautylab Sdn Bhd amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut.

Semoga #teruscemerlang berkhidmat untuk rakyat.

Untuk info lanjut tentang lawatan ini, boleh layari akaun Facebook Menteri KPLB disini – Ewon Benedick

Layari laman web rasmi Norcy Beautylab Sdn Bhd - www.norcybeautylab.com

Catat Ulasan

0 Ulasan