Jangan Suka-Suka Cium Bayi! Elakkan Penyakit Jangkitan Paru-Paru RSV

Jangan Suka-Suka Cium Bayi! Elakkan Penyakit  Jangkitan Paru-Paru RSV

Terbaca artikel yang diterbitkan di Majalah Pama, anda yang geram sangat kecomelan bayi orang tu cuba tahan diri untuk tidak mencium bayi orang lain. Memanglah nampak cute dan geram bila tengok bayi kan? Kenapa pula tak boleh cium? Ikuti penjelasan dari Doktor kanak-kanak ini.

Sekrang ni dah musim hujan dan banjir, dan ketika musim tengkujuh ini ramai orang disekeliling anda mengalami gejala selsema dan batuk.

Menurut Doktor, terdapat virus yang semkin meningkat sangat bahaya terhadap bayi. Penyakit jangkitan paru-paru, Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah virus yang sangat berbahaya dan sering tidak dapat dikesan kerana ia boleh disalah anggap sebagai selsema biasa. Jika anda merasa sakit atau tidak sihat, jangan mencium atau mendekati bayi kecil.

Virus ini juga dikenali sebagai penyebab Bronchiolitis dan Radang Paru-Paru pada kanak-kanak yang berumur kurang dari satu tahun. 

"Sesiapa saja boleh terkena jangkitan RSV tetapi ia amat serius untuk bayi yang berusia dibawah 6 bulan yang paling terdedah kepada virus ini bahkan boleh menyebabkan bayi masuk ke Hospital"


Apakah Simptom Penyakit Jangkitan Paru-Paru RSV?

Sekiranya ada tertanya-tanya apakah symptom RSV, symptom-simptom RSV adalah seperti berikut:

  1. Hidung berair
  2. Batuk berkahak
  3. Demam

Perbezaan uatam antara RSv dan selsema biasa ialah terdapat lebih banyak keradangan dan rembesan di saluran udara. RSV juga boleh bertahan lebih lama sekitar 3 minggu.

Oleh itu, jika anda mendapati bayi anda sedang menderita selsema lebih daripada 3 minggu, lebih baik anda mendapatkan rawatan dengan pantas.

Walaupun tidak ada rawatan untuk virus ini, cara terbaik adalah dengan mengamalkan symptomatic care termasuk memberi cairan kepada bayi anda menggunakan pelembap dan memberi mereka cucian garam.

Jangan Suka-Suka Cium Bayi! Elakkan Penyakit  Jangkitan Paru-Paru RSV

Sentiasalah amalkan kebersihan yang baik dan pastikan untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh bayi. Tetapi doctor juga mengatakan bahawa penting untuk TIDAK MEMBIARKAN ORANG LAIN dengan mudah memegang anak anda terutama jika mereka tidak sihat.

Hubungan fizikal dengan individu yang sakit boleh menjangkiti bayi anda dengan virus dan dalam kes yang lebih teruk, penyakit ini boleh membawa maut apabila paru-paru gagal berfungsi.

"Sekarang masuk musim selsema dan saya yakin ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika anda mendapati anak anda sakit, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan menjauhi anak-anak anda dari orang yang tidak sihat!" Tiffany Hill, Pakar Pediatrik di UT Health East Texas.

Catat Ulasan

0 Ulasan