Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account

Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account

Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account | Adakah anda pemilik akaun simpanan dengan CIMB Bank Malaysia? Anda nak buat transaksi perbankan, nak transfer duit tak tapi gagal? Bila semak status akaun, terpapar tulisan berwarna merah yang mengatakan akaun anda “Dormant”.

Entri kali ini, saya nak terangkan berkenaan dengan status akaun cimb “dormant account”. Jika anda pernah mengalami masalah ni mungkin perkara biasa. Namun, bagi yang pertama kali akaun bank dikenakan dormant status, elok jangan terkejut sebab duit dalam akaun ini masih selamat. Akaun anda cuma tidak aktif atau dengan kata lain, akaun inactive.


Kenapa Akaun CIMB Boleh Tukar Status Dormant?

Akaun anda akan bertukar kepada status dormant disebabkan tiada sebarang aktiviti pengeluaran dan kemasukan wang berlaku dalam tempoh 12 bulan atau 1 tahun. Sekiranya anda ingin akaun bank anda sentiasa aktif, anda perlu melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi wang pengeluaran.

Cara Aktifkan Akaun CIMB Bank Dormant Account


Masalah ini selalu terjadi dengan mereka yang memiliki akaun bank yang lebih dari 3 atau 4 bank. Kadang-kadang kita terlepas pandang akaun-akaun yang lain, dan menyebabkan tiada transaksi yang dilakukan dalam tempoh setahun tersebut.


Apa Akan Jika Akaun Dormant Ini Dibiarkan?

Sekiranya anda membiarkan sahaja akaun bank tersebut dalam status dormant, dan masih berbaki RM50 didalamnya, surat notis peringatan daripada Bank akan dihantar kepada anda. Jika masih tiada tindakan, baki dalam akaun tersebut akan dihantar kepada Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965.


Bagaimana Nak Aktifkan Semula Akaun Berstatus Dormant?

Sebenarnya, mudah saja nak aktifkan semula. Anda hanya perlu ke cawangan CIMB yang terdekat, bawa kad pengenalan, kad atam dan buku bank (jika ada) untuk melakukan transaksi pengeluaran di kaunter. Walaubagaimanapun, pengeluaran dikaunter boleh dilakukan jika baki akaun anda mempunyai baki RM10.

Jika baki akaun anda kurang daripada RM10, anda dinasihatkan untuk membuat deposit RM10 terlebih dahulu di kaunter atau mesin CDM. 

Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda dalam tempoh 24 jam selepas transaksi dibuat. Selepas tu, barulah akaun cimb bank anda aktif seperti biasa. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

Catat Komen

35 Ulasan

  1. Terima kasih di atas infonya 😀

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/12/8-tanda-penipuan-poket-sendiri.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf sye tnye,lau kad bank tak aktif kene bayar berape? Dn nombor akaun sye pon lupe. Nti pihak bank akn bagi sekali ke..

      Padam
    2. Berape nak aktif kn acc. Dn nombor acc pihak bank akn bgi sekali ke.

      Padam
  2. Akaun gaji sy guna cimb. Alhamdulillah, transaksi ada sokmo.
    P.S. abe kie akan update blog list x lama lg n link abg elih akan dimasukkan. Terima kasih..

    BalasPadam
  3. Kalau baki 1k..keluarkan 1k semasa di kaunter tersebut selepas tunjuk ic dan kad bank blh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat keluar 1K, kena tinggalkan minimum RM20 dlm akaun tu..so, dpt keluarkan RM980 saja..

      Dan, perlu isi borang pengeluaran utk akaun ni..nanti pegawai aktifkan dan dia suruh ke ATM utk keluarkan duit..hehe

      Padam
  4. Nak bertanya,boleh kah sekiranya kita melakukan pengaktifan kad di mesin atm,sebab kad saya berstatus dormant.mohon pencerahan,tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat...utk aktifkan perlu buat pengeluaran melalui kaunter bank..

      Padam
  5. Nak tanya kalau saya hanya masuk duit dalam akaun melalaui Atm boleh ke? Tanpa pergi ke bank..baki dalam acc kurang dr rm20

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila akaun status Dormant ni, duit masuk boleh tetapi duit keluar tak boleh...boleh masuk berapa banyak x ada masalah..cuma bila nak keluarkan kena aktifkan balik akaun tu..perlu ke kaunter CIMB BANK utk urusan pengeluaran/pengaktifan..

      Padam
  6. Kalau acc dah close bpn akam masuk kt bank cimb ni ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. BPN akan masuk ke akaun yang awak daftar semasa permohonan..tidak semestinya CIMB Bank..

      Padam
  7. Akaun saya sudah lama tidak aktif...adakah dpt di aktifkan semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau akaun yang x aktif, akaun dah tutup dan perlu buka akaun baru..malangnya, ketika PKP ini pembukaan akaun x dapat..

      Padam
    2. Kalau buka akaun baru nombor akaun jadi nombor lain ke???

      Padam
    3. Betul..akaun akan jadi nombor akaun lain. Jika masih status dormant, boleh diaktifkan dgn buat pengeluaran di kaunter.

      Padam
  8. hye.. akaun saya berstatus dormant@unactive. Macam mana saya nak aktifkan semula akaun saya? Musim PKP nie susah untuk saya pergi ke bank sebab banyak roadblock nk kena hadap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh aktifkan di mana-mana cawangan CIMB berdekatan anda utk aktifkan. Cuma kena tunggu PKP habis dulu.

      Padam
  9. Dapat surat dari cimb kata akaun dormant tapi baru ni check cimbclicks tulis account active. Guanne ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Awak call lah cimb bank tuan. Napa tanya sini, sini bukan CIMB Bank :)

      Padam
  10. Sedihnye tmpt sy xde cimb..kene pergi lain daerah..dh la pkp😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti awak buka lah akaun bank yg ada berdekatan dengan tempat tinggal nanti. Mudah berurusan nnt.

      Padam
  11. Status akaun sy adalah dormant@unactive..blh ke jika sy transfer duit menggunakan maybank2u utk mengatifkan semula akaun sy dan membuat pengeluaran duit selepas itu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila akaun bank dah status dorman, awak hanya boleh transfer masuk duit...untuk pengaktifan, awak hanya perlu ke kaunter cimb bank. Online tak dapat aktifkan akaun.

      Padam
    2. Saya dah pg ke cawangan bank dan mintak dorang akrifkan tapi dah 4 hari dah tetap jugak tidak aktif... So mcm mana ni?

      Padam
  12. Blh tanya...klau akaun semasa inactive..adakah blh aktifkan ke mana2 cawangan@hanya ke cawangan yg kita mula buat dulu..

    BalasPadam
  13. akaun cimb sy sudah lebih 8tahun tidak aktif,tapi saya hairan bila status pemohonan i-lestari saya lulus dengan mengunakan akaun tidak aktif tersebut... apakah duit tersebut akan jadi makanan free kepada bank. ke saya maseh ber perluang mengambil duit i-lestari dalam akaun itu semula.. mohon pencerahan dari saudara🙏🙏🙏dari insan yang suasana hatinya tidak tenteram

    BalasPadam
  14. duit bpn dpt masuk tak walaupun acc dormant ?

    BalasPadam
  15. Account RHB Reflex saya baru dormant,saya baru aktifkan di kaunter,esoknya try trf thru online banking untuk tesk.Transaction failed.
    Saya balik semula ke kaunter RHB hari ni mereka baru ambil deposit saya RM50.Mereka cakap tunggu 24 jam InshaAllah dah boleh buat transaksi macam biasa.Harap2 boleh la..Dah 2 kali ulang alik bank..Penat !!!!

    BalasPadam
  16. Sekarang dah dpt buat pengaktifan tak?

    BalasPadam
  17. Berapa harga nak aktifkan dormant ni yaa

    BalasPadam
  18. Berapa harga bak aktifkan status dormant ni ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga? tak ada caj...cuma pastikan ada duit dalam akaun tu..utk aktifkan, kena buat pengeluaran di atm

      Padam