Usahawan Matunggong Terima Anugerah Usahawan Most Outstanding SMEs Daripada Ministry Trade & Industry (MTI)

100 Usahawan Cemerlang Terima Anugerah Usahawan Sabah

Usahawan wanita muda, Norsiah Ahiddin, antara 100 usahawan yang dipilih menerima anugerah bagi kategori Anugerah Usahawan 100 Most Outstanding Entrepreneur Sabah anjuran Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) melalui Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) serta Kementerian dan agensi yang terlibat.

Walaupun baru dalam industry pengilangan kosmetik, Norsiah melahirkan rasa bersyukur dan menganggap pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk dia terus berusaha melebarkan empayar perniagaannya.

“Perasaan bercampur-campur sekarang ini ada rasa gembira, sebak dan terharu. Terima kasih semua yang tidak putus-putus menyokong Norcy dari dulu”. katanya menerusi status akaun facebook miliknya semalam sebelum penyampaian anugerah berlangsung.

100 Usahawan Cemerlang Terima Anugerah Usahawan Sabah

“Semoga niat untuk mengubah nasib keluarga keluar daripada kepompong kesusahan terus menjadi kekuatan untuk membina lebih banyak kejayaan di masa akan datang”.

“Sebak rasanya, Norcy yakin ibu bapa lah yang paling gembira melihat kejayaan ini dan syukur masih berkesempatan lagi membuat mereka bangga” katanya lagi.

Norsiah, mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini tidak putus-putus menyokong dia dalam perniagaan ini.

Menyentuh tentang pencapaian dalam perniagaan tahun ini, Norcy Beautylab Sdn Bhd telah berjaya melahirkan lebih 100 orang Founder Produk Kecantikan seluruh negara. 

Disamping itu, syarikatnya berjaya merekrut lebih 100 orang agen dari Seluruh Malaysia, yang menariknya bukan hanya dalam negara tetapi juga agen diluar negara seperti Brunei, Kalimantan dan Singapura.

100 Usahawan Cemerlang Terima Anugerah Usahawan Sabah


Oleh itu, beliau menyeru kepada mereka yang ada impian mempunyai produk jenama sendiri dalam bidang kecantikan atau kosmetik untuk melihat tawaran terendah yang syarikat Norcy Beautylab Sdn Bhd sediakan untuk memulakan perniagaan produk jenama sendiri. Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.produkjenamasendiri.com atau www.norcybeautylab.com untuk maklumat lanjut.

Catat Komen

0 Ulasan