bisnesaiskrim

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2020 Penjawat Awam Kerajaan

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2020 Penjawat Awam Kerajaan | Tak lama lagi, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya. Semua penjawat awam tahu, tarikh pembayaran gaji bagi bulan Disember 2019 ini adalah pada 18 Disember 2019.

So, Gaji bulan disember ada awal sikit masuk sebab perayaan Hari Krismas oleh umat Kristian di negara ini.

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2020 Penjawat Awam Kerajaan


Beberapa hari yang lalu, pihak Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 7 Tahun 2019 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2020.


Tarikh Pembayaran Gaji dan Jadual Gaji Tahun 2020

Dalam pekeliling yang saya dinyatakan diatas, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengarahkan Kementerian/Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Dilampirkan jadual gaji penjawat awam bagi tahun 2020 sebagai rujukan dan panduan anda merancang perbelanjaan kewangan nanti.

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2020 Penjawat Awam Kerajaan

Berdasarkan jadual pembayaran gaji ini, ada 3 bulan pembayaran gaji awal akan dilakukan iaitu pada bulan Januari, Mei dan Disember 2020.

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2020 ini membantu anda dalam perancangan kewangan tahun 2020.

Sekian.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Gaji awal tu yang mencabar sebenarnya.Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam