bisnesaiskrim

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) merupakan program pemasaran di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memartabatkan produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan luar bandar melalui perluasan akses pasaran serta peningkatan aktiviti pemasaran.

KUD@KPLB 2019

Program ini diadakan pada setiap dua tahun dan pada tahun ini, KUD@KPLB telah bermula dengan program KUD@KPLB di Zon Utara (Pulau Pinang, 29 Mac – 1 April 2019) dan seterusnya bergerak ke Zon Timur (Terengganu, 25-27 April 2019) dan Zon Sabah (Kota Kinabalu, 22-25 Ogos 2019). Acara kemuncak KUD@KPLB 2019 akan berlangsung di Jalan Permodenan (Pekarangan Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya yang menghidangkan pelbagai acara menarik.


Objektif Karnival Usahawan Desa (KUD)

Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai KUD ini, beberapa objektif KUD adalah seperti :
  1. Mempromosi serta menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk/perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain mengadakan jualan secara terus kepada pengguna.
  2. Memperkukuh dan melebarluaskan jaringan antara usahawan luar bandar dengan para pembekal mesin, peralatan atau teknologi/inovasi terkini bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti produk/perkhidmatan mereka.
  3. Meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta menerokai peluang pasaran baru yang lebih besar samaada dalam atau luar negara dengan pengurusan pemasaran secara sistematik.
  4. Menjadi platform untuk mempromosi kemudahan serta insentif yang disediakan oleh sektor awam dan swasta yang dapat membantu perkembangan perniagaan usahawan luar bandar.

Norcy Beautylab Antara Wakil KUD Terpilih KPLB Negeri Sabah

Tahukah anda, hanya 4 syarikat yang dipilih oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sabah untuk mewakili Sabah di Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya. Karnival Usahawan Desa untuk acara kemuncak ini dijalankan di Jalan Permodenan (Perkarangan Istana Kehakiman) Persint 3, Putrajaya.

Norcy Beautylab adalah salah satu syarikat yang dipilih sebagai wakil KPLB Sabah ke Putrajaya. Ditaja sepenuhnya oleh KPLB, Norcy Beautylab berkampung di Putrajaya selama 5 hari iaitu bermula 17 Oktober sehingga 22 Oktober 2019.


Aktiviti Dan Pencapaian NORCY BEAUTYLAB DI KUD Putrajaya

Saya difahamkan, terdapat lebih 500 booth Usahawan yang bertapak di KUD Putrajaya ini. Saya merasa beruntung dapat membuat liputan khusus dengan penyertaan Kilang Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd yang banyak mendapat manfaat daripada Karnival Usahawan Desa ini.

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya

CEO dan juga pengasas Makmal R & D Kosmetik Norcy Neautylab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin berkata penglibatannya dalam industri kosmetik semakin mendapat perhatian pihak tertentu apabila terpilihnya syarikat Norcy Beautylab sebagai salah satu daripada 2 syarikat yang dipilih oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk menerima Geran Persijilan GMP (Good Manufacturing Practice).

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Sesi sharing bersama mahasiswa mahasiswi Kesihatan & Perubatan di UniKL MeSTech

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Makan malam bersama President UniKL YB Prof Datuk Dr. Mazliham Mohd Suud di Malam Penghargaan Alumni UniKL

Norsiah yang menghadiri Jemputan Khas UniKL sebelum berlangsungnya Karnival Usahawan Desa ini berkata dia sangat gembira berkongsi kejayaannya sebagai alumni contoh kepada pelajar-pelajar Universiti Kuala Lumpur.

Selama 5 hari di Karnival Usahawan Desa (KUD), Norsiah berkata beliau berpeluang membuat demo penghasilan produk kosmetik dan berjaya meyakinkan founder-founder baru dikalangan penjawat awam seperti golongan Guru, Pensyarah dan termasuklah Artis Malaysia.

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Azza Elite (Nor Azzarima binti Zawari) adalah Artis Malaysia pertama buat tempahan Produk Kosmetik 

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan borong habis semua perfume badan dan perfume kereta bebas alkohol 

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Seorang Pensyarah Marine Engineer mengambil langkah mendapatkan khidmat pemprosesan pelbagai jenis produk herba di Makmal Norcy Beauty Lab

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Antara pengunjung Booth Pameran KUD

Booth Pameran Norcy Beautylab juga berjaya menarik perhatian semua pengunjung yang datang ke KUD ini termasuk juga kanak-kanak. Pengunjung kanak-kanak tak putus-putus bertanyakan demo penghasilan kosmetik yang bagi mereka sesuatu yang baru untuk dipelajari.

Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Kanak-kana cilik, berminat dengan demo pemprosesan produk kosmetik

Ramai founder baru yang mengambil perkhidmatan Norcy Beautylab untuk hasilkan produk mereka sendiri. Selepas kembali ke Sabah, CEO cantik ini sibuk untuk menyiapkan tempahan founder baru yang mereka temui di KUD Putrajaya lalu.


HASILKAN PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH

Saya menyeru kepada bakal usahawan dan founder produk baru agar mereka tidak perlu merasa pening mencari Kilang OEM yang dipercayai. Ini kerana Makmal R&D Kosmetik Norcy Beautylab boleh membantu penghasilan produk anda dari A to Z.

Kilang Kosmetik ini bukan saja menyediakan produk dan bahan mentah malah boleh membuat produk kosmetik mengikut kehendak founder sendiri. Anda sediakan bahan, dan kilang kosmetik ini hasilkan produk anda.

Tahukah anda, di Norcy Beautylab anda boleh jenamakan produk sendiri dengan modal serendah RM99 dan MOQ 10 unit sahaja?

Nak tahu lebih lanjut, baca artikel ini :



Norcy Beautylab Berjaya Melahirkan Founder Produk Baru Di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya

P/s: Gambar ni saya ambil dari Facebook Page Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, YB Tuan Ewon Benedick dan juga wakil Adun N.7 Kadamaian. Ada apa-apa kah ni???

Nampak macam pinang dibelah dua pula kan..gurau saja ya...hehe

Catat Ulasan

0 Ulasan