bisnesaiskrim

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Ketika ini, pasti ramai calon yang sudah menerima email berkaitan panggilan untuk jemputan hadiri peperiksaan online kemasukan ke perkhidmatan awam (psee) untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Pengumuman juga ada dibuat pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui page Facebook.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41


Bagi jawatan pegawai pembangunan masyarakat s41 ini, ia merupakan jawatan kumpulan pengurusan dan professional dan calon yang melepasi tapisan peperiksaan online psee akan ditemuduga kelak. 

Penempatan pegawai pembangunan masyarakat s41 ini adalah di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai Kementerian/Jabatan seluruh Malaysia.

Gaji permulaan yang ditetapkan adalah RM2,078.00 sehingga RM9,544.00 dengan kadar kenaikan sebanyak RM225.00 setiap tahun.


Rujukan Peperiksaan PSEE PEgawai Pembangunan Masyarakat S41

Selain daripada jawatan PTD M41 yang memerlukan Ujian Psikometrik, calon yang memohon jawatan selain itu perlu menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Jawatan pegawai pembangunan masyarakat ini adalah salah satu jawatan yang saya maksudkan.

Calon yang ditapis pihak SPA perlu menjalani peperiksaan online psee yang melibatkan 3 seksyen, ianya melibatkan:-
  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Nak tahu bentuk soalan setiap seksyen ni, baca rujukan ni – Klik Sini


Apakah Tugas Tanggungjawab Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Salah satu soalan temuduga untuk jawatan ini adalah tugas dan tanggungjawab Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Tugas dan tanggungjawab Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 adalah melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.


Contoh Soalan Peperiksaan PSEE Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Soalan-soalan peperiksaan PSEE pegawai pembangunan masyarakat s41 akan menguji calon bagaimana tahap pengetahuan am tentang sejarah, pentadbiran negara, fungsi kementerian dan isu semasa. Isu yang selalu ditanya adalah berkaitan dengan tanggungjawab seorang pegawai pembangunan masyarakat s41 atau kumpulan pelaksana dalam Kerajaan.

Peperiksaan PSEE ini akan menguji kepantasan dan kecekapan calon menyelesaikan masalah dalam Seksyen B nanti. Ia merupakan keperluan penting bagi calon dalam tangungjawab menggalas jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, agar lebih lancar dan berkesan.

Jika ini kali pertama anda menduduki peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat s41, mungkin ini pengalaman baru bagi anda. Ramai yang pernah ambil exam psee ni tapi berapa ramai yang lulus? Selalunya calon exam psee ni beribu calon seluruh negara. 

Susah nak lulus dalam peperiksaan PSEE SPA ni kalau calon yang dipanggil tidak melakukan persediaan sebelum peperiksaan. Jika ditanya calon yang pernah ambil exam ni, pasti anda akan keliru sebabnya SPA mengeluarkan format soalan yang berbeza-beza setiap tahun. Jika calon tidak peka dengan perubahan ini, apstinya akan gugup dan keliru apabila menduduki peperiksaan online nanti.


Rujukan Exam PSEE SPA 2019

Adalah sangat penting untuk setiap calon menggunakan sumber rujukan dan contoh soalan mengikut format terkini dikeluarkan pihak SPA. 

Rujukan yang dilengkapi dengan contoh-contoh soalan yang pernah dikeluarkan tahun-tahun sebelum ini. Rujukan ini bukan soalan bocor ataupun soalan sebenar tetapi hanya sebagai panduan dan rujukan calon untuk memahami setiap Seksyen Peperiksaan PSEE pihak SPA.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Antara Extra Seksyen A,B dan C yang akan anda perolehi nanti!



Buatlah persediaan awal dan fahami keperluan setiap bahagian exam psee nanti. Rujukan ini telah membantu ribuan calon sebelum ini dan terpilih untuk sesi temuduga SPA.

Semoga berjaya untuk calon peperiksaan psee pegawai pembangunan masyarakat s41 tahun 2019 ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan