bisnesaiskrim

Kedai Jual Balang Air Untuk Berniaga Air Balang

Dalam berniaga air balang, pemilihan balang air yang sesuai amatlah penting. Ini kerana ada beberapa faktor yang perlu diambilkira jika mahu pelanggan tertarik untuk membeli air jualan anda. 
Pertama sekali, resepi jus air yang anda jual. Terdapat banyak resepi air balang yang boleh dikatakan popular di bazar ramadhan dan pasar malam. Melalui keunikan dan rahsia resepi air balang tersebut dah menjadi satu sebab air jualan anda akan laku dengan larisnya nanti. Nak belajar resepi baru? Boleh up-to-date dengan resepi air yang tengah viral di media sosial atau melalui testimoni pelanggan.

Keduanya, pemilihan lokasi tempat menjual. Disamping buat servis catering, anda juga boleh menjual di tepi jalan, luar kawasan sekolah/IPTA atau kawasan mall, pasar tani atau pasar malam. 

Walaubagaimanapun, permit untuk menjual perlu dipohon sebelum berniaga di lokasi ini. Permit berniaga ini biasanya dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab di kawasan tersebut.

Ketiga, jenis balang air untuk memasukkan jus air balang. Sebaik-baiknya, balang air yang digunakan adalah daripada jenis kaca. Balang kaca untuk memudahkan warna air kelihatan dari luar, berbanding dengan balang plastic yang menyembunyikan warna asli jus air balang anda itu. Saiz balang air juga sangat penting. Seboleh-bolehnya gunakan balang air kapasiti 30 liter, 35 liter atau 40 liter.


3 Tempat Beli Balang Air Murah

Jika anda sedang mencari balang air yang berkapasiti 30 liter, anda ada 3 pilihan untuk mencari pembekal balang air.

1. Kedai Berhampiran – Anda tanyalah peniaga lain untuk mengetahui dari kedai mana mereka membeli balang air yang mereka gunakan tu. 

2. Mudah.my – Jika anda bercadang untuk membeli balang air second hand (terpakai), boleh lah cari penjual di aplikasi Mudah.my. Banyak balang air yang dijual disana dengan harga yang berpatutan. Hubungi si penjual dan COD lah dimana-mana lokasi yang anda tentukan.

Kedai Jual Balang Air Untuk Berniaga Air Balang

3. Lazada & Shopee – Anda yang suka membeli secara online bolehlah beli balang air di laman web Lazada atau Shopee. Cari pembekal atau penjual yang berada berhampiran anda untuk mengurangkan kos penghantaran. Balang air yang berkapasiti 30 liter, 35 liter dan 40 liter selalunya berharga antara RM50 hingga RM250.


Panduan Berniaga Air Balang Sehingga 5 Angka Sebulan 

Bagi pemula bisnes air balang, modal permulaan yang anda perlukan untuk mula berniaga adalah dibawah RM1,000 sahaja. Kos ini termasuklah membeli kanopi, meja, serta balang air air.

Manakala, kos untuk membuat air pula sekitar RM100 sehari, bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual.

Sebagai contoh:-

Jika anda mahu menjual air soya..kos untuk membuat air soya adalah..
  1. 1 kilogram kacang soya
  2. 2 beg ais

Kos penyediaannya sekitar RM12 sahaja. Namun setelah diproses menjadi air soya dan dimasukkan kedalam balang air untuk dijual, anda boleh menjual sebanyak 120 cawan dengan saiz balang air kapasiti 30 liter.

Jika satu cawan dijual RM1.00, bermakna anda sudah menperolehi RM120. Kadar peningkatan sebanyak 1000% dari modal yang dikeluarkan.

Ianya sama seperti jus atau air-air yang lain. Kadar keuntungan bisnes air ini selalunya 500% keatas berbanding kos modal yang digunakan.

Anggaplah anda mahu menjual 3 balang air dengan resepi air yang berbeza-beza..1 balang kos buat air sebanyak RM20. Satu balang jual sebanyak 100 cawan dengan harga RM1.00.

Satu balang anda untung RM100, 3 balang adalah RM300..

Jika anda berniaga sebulan(ahad offday) bermakna RM300 X 26 hari = RM7,800 !!

Itu baru 3 balang! Kalau anda jual 10 balang? Anda mungkin boleh dapat RM30,000 !!

Menjual air ini memang nampak mudah, tapi jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi.

Jadi!..anda perlukan beberapa panduan untuk mengetahui..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?

Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!

Kini, anda boleh dapatkan semua info tersebut didalam buku digital yang ditulis Usahawan berjaya perniagaan jual air balang. Pengalaman beliau dituliskan dari berniaga kecil-kecilan sehingga berjaya usahakan bisnes katering air balang ketika ini.

Ceduk saja pengalaman beliau dalam buku ini dan gunakan untuk memulakan perniagaan air balang anda..



Bagi anda yang berminat menceburi bisnes jual air balang, baca lebih lanjut tentang perniagaan ini – [ klik sini

Catat Ulasan

0 Ulasan