Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Masih Ada Loan Dengan Bank

Selalu kita dengar kes penipuan tentang jual beli kereta yang masih ada baki pinjaman dengan pihak Bank. Kereta yang belum habis pinjaman dengan bank ini bermaksud nama dalam geran pemilik kenderaan masih nama peminjam atau pemilik asal.

Ada beberapa keadaan mengapa perlu HITAM PUTIH untuk urusan jual beli kereta yang masih ada baki loan dengan bank.


Pertama, pemilik kenderaan tidak mampu membayar bayaran ansuran bulanan kereta tersebut. Untuk mengelakkan daripada ditarik, dan di senarai hitam, jalan terbaik adalah menjual kereta tersebut dengan mereka yang sanggup membayar ansuran bulanan bagi pihak anda.

Kedua, mereka yang mempunyai kereta yang ingin dijual sebab nak upgrade kepada kereta baru tetapi kereta tu masih ada loan dengan bank. 

Ketiga, individu yang sudah di senarai hitam (blacklist) oleh bank dan tak boleh mohon pinjaman kereta lagi tetapi mahu membeli kereta. Jalan terbaik adalah membeli kereta sambung bayar memandangkan deposit agak murah berbanding membeli kereta terpakai.


Masalah Selalu Berlaku Beli Kereta Sambung Bayar

Seperti yang saya kata tadi, ada kes penipuan berlaku dalam urusan jual beli kereta sambung bayar ni. 

Walaupun telah dijual dengan orang lain, pemilik asal bertanggungjawab sepenuhnya keatas kereta tersebut kerana kenderaan masih lagi atas nama pemilik dan jika bayaran bulanan tidak dijelaskan, kemungkinan pemilik akan dikenakan tindakan undang-undang dan blacklist.

Pembeli kenderaan tiada hak keatas kenderaan tersebut. Jika tiada sebarang SURAT PERJANJIAN SAMBUNG BAYAR, pemilik asal berhak mengambil semula kenderaan tersebut pada bila-bila masa. Dari segi undang-undang, pemilik asal tersebut adalah pemilik sah.


Mengapa Surat Perjanjian Sambung Bayar Penting?

Risiko besar kepada pemilik kenderaan yang dinamakan dalam geran kerana sekiranya si penyambung bayar tu ingkar membayar ansuran bulanan atau si penyambung bayar terlibat dengan kes jenayah nanti.

Tidak nafikan, banyak kedai jual kereta terpakai membuat servis jua kereta yang masih ada baki loan bank ni. Deposit beberapa ribu dan boleh sign agreement untuk perjanjian sambung bayar. Hati-hati !

Tanpa ada surat perjanjian yang BETUL, anda sukar untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada si penyambung bayar kereta tu. Jika anda pembeli, suat perjanjian ini juga boleh defend diri anda untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil terhadap anda jika pemilik asal mahu menuntut kereta tersebut.

So, untuk membolehkan anda menjual atau membeli kenderaan yang masih ada loan dengan bank, anda kena tahu..
  1. Macam mana nak buat duti setem
  2. Macam mana nak buat adjudikasi surat cara
  3. Macam mana kaedah penyeteman
  4. Macam mana cara pembayaran
  5. Macam mana dengan penalty
  6. Harga duti setem pembayaran sewa
  7. Proses surat perjanjian
  8. Proses tindakan jika melanggar perjanjian

Kesimpunlannya, anda perlukan Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta yang betul dan cara penulisannya.

Dibawah ini saya sertakan contoh surat perjanjian yang biasa digunakan:-


Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan Masih Ada Loan Dengan Bank
Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan Masih Ada Loan Dengan Bank

Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan Masih Ada Loan Dengan Bank



Menulis surat perjanjian mungkin mengambil masa sedikit kan? Bagaimana kalau ada Template Surat Perjanjian Sambung Bayar yang mudah di edit?

Anda hanya perlu ganti ayat yang ditandakan kerana template tersebut disediakan dalam bentuk Microsoft Word. Ianya akan menjimatkan kos upah orang menulis surat perjanjian atau menupah peguam.


Jika anda memerlukan surat perjanjian sambuang bayar kenderaan yang mudah diedit ini, dapatkan melalui link yang saya bagi di bawah.



Template dan Panduan Menulis Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan – [ Klik Sini ]

Semoga perkongsian ini dapat membantu menjimatkan masa dan keselamatan urusan jual beli kereta sambung bayar anda nanti.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kalau takde surat perjanjian nih susah lah kalau jadi apa2 pada kereta atau pada pemilik kereta tuh. pemilik lama yang susah

    BalasPadam
  2. Info yang sangat berguna. Terima kasih atas perkongsian...

    BalasPadam