bisnesaiskrim

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Pada tahun ini, banyak panggilan menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) untuk pelbagai jawatan yang diiklankan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Peperiksaan PSEE tersebut adalah tapisan peringkat kedua oleh pihak SPA sebelum calon dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Bagi jawatan pembantu pembangunan masyarakat gred s19, peperiksaan psee telah dijalankan bulan lepas. Manakala, untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 akan berlangsung pada 18 Oktober 2019 nanti.



Tarikh Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Dibawah ini dikongsikan maklumat tentang panggilan temuduga pembantu pembangunan masyarakat s19 di Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pelbagai Kementerian/Jabatan lain.

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMUDUGA
==================================================

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
(JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN)

Tarikh Temu Duga: 20 Oktober – 25 Oktober 2019

Pautan Alternatif:
--------------------------------

Sila layari laman web:
-------------------------------


Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Soalan temuduga sebenarnya bersifat santai, Cuma calon kadang-kadang terlalu cemas dan gugup sehinggakan hilang focus untuk menjawab soalan mudah penemuduga.

Mengikut pengalaman, soalan temuduga untuk jawatan ini berbentuk Bahasa Malaysia memandangkan ini jawatan kumpulan pelaksana. Dan, soalan-soalan yang biasanya ditanya semasa temuduga adalah:
  1. Perkenalkan diri anda dan latar belakang?
  2. Sebelum ini kerja sebagai apa?
  3. Kenapa pilih Pembantu Pembangunan Masyarakat?
  4. Sebutkan tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat?
  5. Apakah misi, visi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
  6. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang penjawat awam?
  7. Sanggup tak bekerja menguruskan OKU, orang tua atau kanak-kanak?
  8. Andai kata anda ditempatkan di Rumah Kanak-kanak, aktiviti apa yang boleh dilakukan bersama penghuni?
  9. Siapakah Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?
  10. Jika anda diberi peluang menjawat jawatan ini, adakah anda sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?


Panduan Temuduga Lengkap Kerja Kerajaan

Antara penyebab kegagalan dalam sesi temuduga adalah calon tidak membuat sebarang persediaan. Mungkin ada diantara calon yang sedang bekerja dan tiada masa untuk mengulangkaji tentang jawatan tu. Datang temu duga sekadar nak cuba nasib lah katakan. 

Ada juga calon yang tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan tentang temu duga. Mereka terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima dari penemu duga.

Penampilan juga tidak tepat. Ramai calon yang tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temu duga.

Terdapat calon juga yang Over Confident! Terlalu yakin dengan keputusan akademik yang cemerlang. Sikap terlalu yakin ini menampakkan sisi negative diri anda kepada penemuduga.

Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.

Anda perlukan panduan dan rujukan untuk lulus temuduga ini, dapatkan panduan temuduga lengkap dibawah ini.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19


Semoga berjaya kepada calon-calon  temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Catat Ulasan

0 Ulasan