bisnesaiskrim

Cara Semakan Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perlaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula 1 Januari 2020. Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.


Semakan Syarat Kelayakan Program Subsisdi Petrol (PSP)

Hanya mereka yang layak sahaja akan menerima subsidi minyak petrol ini. Subsidi ini berbentuk wang tunai yang akan dikreditkan ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali.

Mereka yang layak menerima PSP ini adalah mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan sendiri. Golongan berpendapatan rendah yang menerima BSH(pendapatan isirumah RM4,000 dan kebawah).

Namun, buat masa ini program subsidi petrol hanya untuk penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.

Had bagi pemlikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal dan kelayakan berdasarkan salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
  • Kereta <=1,600cc
  • Kereta > 1,600cc dan berusia >=10 tahun
  • Motosikal <=150cc
  • Motosikal >150cc dan berusia >=7 tahun

Cara Semakan Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
Cara Semakan Penerima Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 

Untuk semakan kelayakan, semak sini - https://psp.kpdnhep.gov.my/ bermula 15 Oktober 2019


Kriteria Kelayakan Penerima Program Subsidi Petrol (PSP) 2019

Melalui laman web kpdnhep, anda boleh baca kriteria kelayakan dan syarat kelayakan untuk membolehkan seseorang layak menerima PSP.

Cara Semakan Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
Syarat-syarat kelayakan penerima program subsidi petrol


Faedah Pelaksanaan Kepada Rakyat Dan Negara

Menerusi program ini yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020, ia akan memberikan impak positif dari sudut Rakyat dan Negara.

Cara Semakan Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
Faedah pelaksanaan program subsidi petrol (psp)


Dengan pelaksanaan program subsidi ini, harga Petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan secara berperingkat sehingga setara dengan harga pasaran semasa. Subsidi ini TIDAK akan diberikan sekiranya harga petrol RON95 berada dibawah RM2.08 seliter.

Dan, harga petrol RON95 akan dikekalkan pada RM2.08 seliter sehingga 31 Disember 2019.

Dukacita untuk penduduk Sabah, Sarawak dan WP Labuan, memandangkan kebanyakkan menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel, Kerajaan telah KECUALIKAN rakyat Sabah, Sarawak dan WP Labuan daripada Program Subsidi Petrol (PSP).

Bagaimana kaedah pelaksanaanya? Cadangan untuk menggunakan kad kepada penerima PSP ini oleh pihak Kerajaan. 

Warga Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang mempunyai kereta LAYAK menerima subsidi ni macam mana? Adil atau tidak?

Suarakan pendapat anda!

Catat Ulasan

0 Ulasan