bisnesaiskrim

Cara Paling Power Dan Pantas Membuat Website Perniagaan Tanpa Perlu Tahu Tentang Coding

Dalam era digital ni, perniagaan lebih mudah dilakukan secara online berbanding zaman nenek moyang kita dulu. Dengan perkembangan pesat teknologi digital, peniaga atau usahawan boleh memasarkan produk terus melalui media massa yang begitu tinggi keupayaan menjualnya.

Cara Paling Power Dan Pantas Membuat Website Perniagaan Tanpa Perlu Tahu Tentang Coding

Media sosial merupakan platform paling pantas untuk memasarkan produk. Kuasa viral terlalu bagus untuk berniaga, lebih-lebih lagi jika produk anda memang banyak bukti keberkesanannya kepada pengguna.


Platform Pemasaran Produk Untuk Founder Produk

Seorang founder produk semestinya telah mempelajari teknik pemasaran yang berkesan untuk produknya. Namun, ada juga usahawan baru yang terlalu bergantung kepada platform media sosial untuk pemasaran produk.

Platform media sosial Facebook, Instagram dan Twitter merupakan platform utama pemasaran yang paling berkesan. Memang tidak dinafikan!

Walaubagaimanapun, Facebook dengan polisi pengiklanan yang sangat terhad dan semakin mahal (facebook ads) memaksa anda berbelanja lebih untuk pengiklanan. Untuk permulaan, media sosial memang startegi pemasaran yang bagus.

Terdapat banyak lagi platform untuk pemasaran produk, jika anda begitu komited untuk menjana pendapatan berlipat kali ganda. 

Antara platform yang boleh menjual produk anda adalah:-
  1. Media sosial – Facebook, Instagram, Twitter, Wechat, dan Telegram
  2. Marketplace – Shopee, Lazada, Sitegiant, Lelong, PrestoMall, Carousell, dan sebagainya
  3. Affiliate E-commerce – InvolveAsia, Indoleads, ShopBack dan sebagainya
  4. Kedai Jualan – membuka kedai jualan di mana-mana shoplot, mall atau kedai sendiri

Begitu banyak platform yang usahawan boleh gunakan untuk pemasaran, termasuklah secara offline dengan pelanggan.

Kenapa Perlu Buat Website Untuk Perniagaan

Ada sahabat saya tanya, “kenapa perlu buat website ni? Masih relevan kah buat blog?” 

Saya tanya dia balik, “cuba fikir, kenapa Watson, Guardian, Mr D.I.Y buka website?” kenapa tak jual di kedai saja, atau jual di Facebook saja sedangkan lagi pantas orang nak tahu sesuatu produk tu melalui media sosial? bukan semua orang ada akaun sosial media! golongan ni lebih suka cari maklumat dekat "Mr Google"..bila produk dan laman web perniagaan anda muncul, anda yang untung..

Sebenarnya, ada banyak pro dan kontranya..salah satunya adalah “terlalu selesa” dengan penggunaan media sosial. Dah terbiasa close-sale guna whatsapp. Lebih mudah katanya..

Nak menjual di marketplace seperti Shopee pula, tak tahu cara nak daftar dan buat kedai di Shopee!


Menjual di media sosial mudah tapi bila terlalu ramai pelanggan, awak mesti tak akan MENANG TANGAN! Tak mampu nak melayan whatsapp dan messenger yang terlalu banyak nanti, percayalah cakap saya..hehe..

Dan, anda akan terfikir…

“Bagaimana kalau semua urusan pemasaran, pembayaran, dan blog boleh dilakukan dalam 1 platform iaitu WEBSITE PERNIAGAAN?” 

Maka, anda mula berfikir semua ini akan mudah diuruskan jika ada website perniagaan yang boleh melakukan semua pemasaran, pembayaran tersebut..

Bina Website Perniagaan – Berapa Modal?

Apbila becakap mengenai website, ada website yang boleh dibuat secara percuma dan ada yang berbayar. Untuk membina website atau blog secara percuma, terus ke :-
  • Blogspot
  • Wordpress

Kos membina blog/website sendiri berbeza dengan mengupah web developer. Anggaran kos membina website sendiri adalah lebih kurang..

Anggaran kos blog (beginners):

Domain (.com + ID Protection) kos RM60
Hosting (pakej mySilver X/myGold X/myPlatinum X) (dari NetKL) kos RM60 – RM200
Theme (percuma)  kos RM 0
Jumlah Kos : RM260.00

Anggaran kos blog  (advanced):

Domain (.com + ID Protection) kos RM60
Hosting (pakej Small Biz X/Medium Biz X/Large Biz X/Unlimited Bandwith X) (dari NetKL) kos RM250 – RM650
Theme (berbayar) kos RM 100
Jumlah Kos : RM810.00

Kos untuk Payment Gateway – RM300 hingga RM1,500 setahun
Jumlah kos: RM2,310

Dapatkan pakej Domain+Hosting di NetKL

Anggaran ini belum termasuk upah web designer.

Anggaran keseluruhan yang perlu disediakan untuk membina dan mengupah designer adalah RM3,000 bergantung kepada kepakaran dan design serta kuanti produk yang akan dimasukkan didalam website berkenaan. Kemungkinan lebih tinggi daripada itu !

Cara Paling Power Dan Pantas Membuat Website Perniagaan Tanpa Perlu Tahu Tentang Coding

Sebelum ini, saya ada kongsikan beberapa website builder yang menawarkan perkhidmatan membina website e-commerce sendiri tanpa kepakaran tentang coding. Cuma upload gambar dan detail produk saja, selebihnya edit sikit-sikit dan mula buat promotion jualan dengan pelbagai marketplace seperti Shopee dan Lazada.

Website builder yang saya syorkan kepada usahawan adalah EasyStore Malaysia!

Antara kelebihan guna website builder EasyStore:
  1. Bina website percuma selama 14 hari Trial dengan akses penuh 
  2. Tidak perlu membeli Theme website kerana terdapat 40 lebih template website yang boleh dipilih percuma
  3. Tidak perlu pengetahuan teknikal membina kedai online bisnes dan perniagaan semuanya 1 click installation
  4. Tidak perlu membeli domain dan hosting, setiap langganan pakej termasuk domain dan hosting
  5. Tidak perlu upah designer untuk upload buat banner kupon dan diskaun
  6. Boleh dikendalikan staff dengan mudah
  7. Unlimited app integrations (logistic dan marketplace integrations)
  8. Portal borong (wholesale)

Dan, jika anda lihat di laman web ini..ada banyak lagi kelebihan menggunakan website builder EasyStore.
Cara Paling Power Dan Pantas Membuat Website Perniagaan Tanpa Perlu Tahu Tentang Coding
Antara Pilihan Theme Website Perniagaan Di EasyStore

Cara Paling Power Dan Pantas Membuat Website Perniagaan Tanpa Perlu Tahu Tentang Coding
Antara Features yang anda nikmati apabila membina website perniagaan  di EasyStore

Cara Paling Power Dan Pantas Membuat Website Perniagaan Tanpa Perlu Tahu Tentang Coding
Marketplace integrations yang sedia untuk digunakan

Berapa kos langganan? Anda lihatlah sendiri di EasyStore Malaysia

Semoga bakal membantu usahawan diluar sana membina laman web perniagaan yang professional tanpa perlu kepakaran tentang coding website.

Catat Ulasan

0 Ulasan