bisnesaiskrim

Cara Jual Barang Dropship Di Shopee Dengan Mudah

Menjual produk orang lain adalah kerja yang mudah. Mengapa saya cakap macam tu, sebab anda tak perlu memikirkan soal pengilangan produk, bekalan stok, penghantaran kepada pelanggan dan bahan untuk marketing. Dalam bisnes dropship, segala bahan untuk marketing selalunya disediakan oleh pembekal atau produk owner.

Cara Jual Barang Dropship Di Shopee Dengan Mudah

Bercakap mengenai bisnes di shopee, shopee adalah marketplace yang begitu popular dikalangan pembeli dan penjual di Malaysia. Sebelum Shopee, kita selalu buka website Lazada dan Zalora kan? Sekarang ni dah ada Shopee, banyak barang yang harga murah-murah di sini boleh kita jumpa.

Produk yang kita selalu cari di Shopee itu sebenarnya adalah daripada peniaga dalam dan luar negara. Dulu, shopee tidak mengalakkan menjual barang dropship tapi sekarang dah ramai peniaga dropship yang sudah berjaya di shopee. Ada yang sudah berjaya menjual sehingga 6 angka dalam masa setahun.


Kelebihan Jual Barang Dropship

Bisnes ni sangat sesuai untuk isteri-isteri suri rumah, pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan pekerja sepenuh masa. Bisnes dropship ni boleh dilakukan tanpa menganggu kerja hakiki mereka. Boleh dibuat secara sepenuh masa atau separuh masa sahaja, walaupun dirumah jaga anak-anak saja.

Bercakap tentang kelebihan bisnes dropship ni, saya rasa ramai dah yang buat. Paling ramai kita nampak orang menjual di Facebook, ada yang dropship emas, dropship pakaian bayi, dropship baju kurung, dropship tudung/shawl, dropship produk kosmetik dan sebagainya.

Yang menariknya bisnes dropship ni, anda hanya buat marketing saja! Promote, promote dan promote…kalau guna facebook ads, iklan, iklan dan teruskan iklan sampai dapat pelanggan membeli..

Pelanggan bayar dengan anda (dengan harga pasaran), anda beli dengan pembekal/produk owner dengan harga agen atau dropshiper. Pembekal terus pos produk kepada pelanggan anda. Sungguh mudah kan?

Cara Jual Barang Dropship Di Shopee Dengan Mudah

Sebagai contoh:-

Anda buat bisnes dropship menjual produk kosmetik..

Harga pasaran : RM60
Harga agen dropship: RM50
*(kos postage ditanggung pembeli/pelanggan)

Jadi,

RM60 – RM50 = RM10 (untuk satu produk kosmetik)

Jika anda berjaya menjual 10 produk dalam sehari, maka anda sudah mendapat keuntungan berniaga dropship sebanyak RM100 sehari. 

Dalam sebulan geli-geli pun dapat RM300 hingga RM3,000 !!


Bisnes Dropship Di Shopee

Saya yakin dan percaya sangat ramai orang diluar sana mahu mengambil peluang berniaga dropship ni. Nak tambah pendapatan sampingan dengan bisnes dropship ni memang banyak yang dah buat. Ramai dah yang berjaya!

Lebih-lebih lagi, dengan platform membeli belah atas talian seperti Shopee sudah tersedia, cuma nak atau tidak saja untuk memulakan perniagaan di platform ni. 

Apabila cakap tentang dropship, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah..
  1. “Nak jual produk apa?”
  2. “Nak dapatkan pembekal produk dari mana?”
  3. “Berapa modal nak mula bisnes dropship?” 

Jika dah ada produk yang anda jual sekarang tapi buat iklan di facebook dan instagram saja, bagus ! sebab nanti anda hanya perlu install aplikasi Shopee di smartphone dan buka kedai shopee. Masukkan produk anda dan tunggu pelanggan beli !

Namun, bagi yang baru nak fikirkan produk apa yang mahu dijual, anda perlu buat kajian trend pembelian dan HOT produk yang ada di shopee atau website ecommerce yang lain. 

Pembekal produk pun banyak sekarang ni. Salah satunya adalah laman web Kumoten, disana memang banyak produk yang SEDIA untuk dijual secara dropship. Menariknya juga, kemudahan untuk link kan kepada laman web Shopee sangatlah mudah.

Cara Jual Barang Dropship Di Shopee Dengan Mudah

Di Kumoten, terdapat lebih 100,000 produk yang boleh dijual. Modal? Anda guna duit sendiri dulu beli produk tu, payment release dari shopee anda dapat semula modal dan keuntungan masuk ke akaun bank anda nanti.

Nak tahu apa itu Kumoten dan bagaimana cara berniaga secara dropship dari Kumoten ke laman web Shopee ?


Anda boleh rujuk Ebook Bisnes Shopee ini – [ Ebook Bisnes Shopee <--- klik sini ]

Semoga dengan perkongsian panduan dan cara Cara Jual Barang Dropship Di Shopee Dengan Mudah ini dapat membantu anda untuk memulakan bisnes dropship di Shopee.

Catat Ulasan

0 Ulasan