bisnesaiskrim

Berapa Markah Lulus Peperiksaan Online Pembangunan Masyarakat?

Tak lama lagi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 dan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 akan berlangsung secara atas talian.

Berapa Markah Lulus Peperiksaan Online Pembangunan Masyarakat?

Bagi calon yang menduduki peperiksaan ini pastinya agak cemas nak menduduki peperiksaan pada kali pertama. Ini kerana peperiksaan online pembangunan masyarakat ini perlu dijawab dalam masa yang singkat sahaja.

Seksyen A – Pengetahuan Am ( 25 minit)
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 20 minit )
Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris ( 25 Minit)

Masa yang terhad, mungkin memaksa calon menjawab dengan “main tembak” je! Asalkan terjawab dah memadai..


Markah Lulus Exam Online Pembangunan Masyarakat

Untuk pengetahuan anda, markah lulus peperiksaan penolong pegawai pembangunan masyarakat gred s29 dan pegawai pembangunan masyarakat gred s41 sebenarnya bergantung kepada pihak penilai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jadi, penilaian markah peperiksaan PSEE ini adalah maklumat SULIT pihak Kerajaan dan kita tidak didedahkan dengan maklumat tersebut. Nilai markah yang sebenarnya hanya pihak SPA yang tahu!

Markah lulus mungkin 50 peratus, 60 peratus atau mungkin juga 80 peratus!

Jawapannya, kita sendiri tak tahu..

Yang pastinya, calon peperiksaan kena buat persediaan awal untuk membuat ulangkaji dan mengetahui contoh-contoh soalan peperikaan. Dengan membuat latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan ini akan memberikan anda gambaran bagaimana bentuk soalan dan bagaimana menjawab soalan-soalan setiap seksyen.


Persediaan Peperiksaan Pembangunan Masyarakat

Bagaimana calon membuat persediaan untuk peperiksaan pembangunan masyarakat ini sedangkan tak tahu bagaimana bentuk soalan dan berapa soalan yang perlu dijawab semasa peperiksaan online memasuki skim perkhidmatan awam (PSEE)?

Seksyen A, anda boleh membuat persediaan dengan membaca sejarah negara, dasar-dasar Kerajaan, makumat Kementerian di Malaysia, info semasa dalam dan luar negara.

Seksyen B, anda boleh membuat latihan menjawab soalan matematik dan soalan-soalan KBAT! Hehe..seksyen ini banyak menguji calon untuk menyelesaikan masalah, mengintrepretasi data dan soalan matematik. 

Seksyen C, anda baik dalam Bahasa inggeris memang terbaik.

Namun….

Macam mana, Bagaimana dan Apakah bentuk soalan setiap seksyen ini?


Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong dan Pegawai Pembangunan Masyarakat 

Anda di website yang betul, tahniah kerana berjaya dipanggil peperiksaan pembangunan masyarakat…

Untuk memudahkan anda membuat persediaan, ada panduan dan rujukan yang sesuai untuk anda. Ebook Extra Seksyen A, B dan C ini sesuai untuk calon bakal dipanggil temuduga Pembangunan Masyarakat!

Dalam Ebook ini, anda akan mengetahui..
  1. Nota Ringkas
  2. Penerangan Format Peperiksaan
  3. Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan
  4. Pecahan Seksyen


Semua ini akan didedahkan dalam panduan dibawah..

Berapa Markah Lulus Peperiksaan Online Pembantu Pembangunan Masyarakat?



Semoga berjaya kepada semua calon exam!


Catat Ulasan

0 Ulasan