bisnesaiskrim

6 Tips Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman Rumah, No. 6 Ni Ramai Yang Tak Tahu!

Salah satu aset paling bernilai buat masa kini adalah hartanah. Ramai golongan pelabur yang lebih gemar menggunakan wang mereka untuk dilaburkan dalam hartanah. Bila bercakap mengenai hartanah, ianya dalam bentuk rumah, shop lot, apartmen, kondominium dan tanah.

6 Tips Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman Rumah, No. 6 Ni Ramai Yang Tak Tahu!

Untuk mendapatkan pinjaman perumahan, banyak bank yang menawarkan pinjaman rumah mengikut terma dan syarat mereka. Bank-bank tempatan yang menawarkan pinjaman rumah ini menetapkan syarat yang ketat untuk peminjam. 

Antara kriteria yang dinilai untuk peminjam adalah kemampuan membayar balik pinjaman dengan melihat rekod CCRIS dan CTOS.

Dibawah ini saya kongsikan 6 tips bagi mendapatkan kelulusan pinjaman rumah:

1.  Fahami nilai hartanah (property)

Membeli hartanah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan wang yang besar. Oleh itu fahami hartanah anda seperti location, kemudahan awam terdekat, pembangunan masa hadapan  (ada highway atau LRT akan di bina), siapakah developer dan juga maintenance fee (sekiranya ada).

2.  Sediakan wang kecemasan!

Mulakan dengan buat pengumpulan wang hijau setiap bulan. Apakah wang hijau? RM5 lah. Lepas tu, anda boleh naikkan pula dengan pengumpulan wang merah. Iaitu RM10. Dan seterusnya boleh lah membuat pengumpulan 5% daripada jumlah total gaji lalu naik kepada 10% dan 20%. Mempunyai wang extra ini sangat membantu bagi kos-kos tambahan seperti kos agent fee, stamp duty, legal kos dan sebagainya. Sediakan payung sebelum hujan!

3.  Rekod income

Pastikan rekod income anda cantik. Contohnya gaji, side income, EA form, EPF statement, ASB, income kerja sampingan (Grab atau business sendiri ke), savings/current akaun, statement bonus dan sebagainya. Serta, sila pastikan rekod income anda up to date ketika pinjaman di lakukan.

4.  Jangan keterlaluan dalam aplikasi kad kredit atau pinjaman lain

Ketika loan rumah sedang di analisa oleh bank, kalau boleh janganlah membuat pinjaman yang lain-lain dulu. Ini akan memberi gambaran kepada pihak bank yang anda adalah seorang yang suka meminjam wang. Sabar dulu ya!

5.  Guarantor / Penjamin

Selalunya jika anda mendapat penjamin yang stable senang untuk anda mendapat kelulusan. Contohnya yang bekerja dengan pihak kerajaan ataupun badan professional. Penjamin tersebut boleh terdiri daripada suami, isteri, adik-beradik atau rakan terdekat. Tetapi, jangan pula anda tidak bayar pinjaman tersebut setelah mendapat kelulusan. Kasihan lah penjamin tersebut!

6.  Buat carian laporan kredit (“PCRP”)

Dengan laporan kredit, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang di laporkan berkenaan diri anda. Dengan itu, anda bolehlah membuat anggaran samada pinjaman anda kemungkinan akan di tolak atau di terima. Tetapi, anda harus ingat selain daripada sejarah pembayaran kredit di dalam laporan, pihak bank juga akan menganalisa income anda samada anda layak atau tidak mendapat pinjaman. Melalui PCRP juga anda boleh mendapat tips untuk anda memperbaiki kredit skor anda.

Untuk mendapatkan laporan kredit, anda boleh semak di https://www.mycreditinfo.com.my/

Semoga perkongsian ini membantu anda merancang strategi sebelum membuat permohonan pinjaman rumah dengan bank.

Catat Ulasan

0 Ulasan