bisnesaiskrim

10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

15 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 | Tahniah kepada semua calon yang berjaya dipanggil untuk menjalani peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) pada kali ini.

10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Saya percaya terdapat ribuan calon yang berjaya dipanggil peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Pengurusan Stor ini. Untuk makluman, jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29


10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk peperiksaan online kali ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menetapkan tarikh dan masa untuk exam. Anda boleh menyemak email atau menyemak nama anda di laman web SPA.

Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor)(Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia) Di KKM

Tarikh: 25 Oktober 2019 (Jumaat) dan 31 Oktober 2019 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 pagi

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Terdapat 2 bahagian peperiksaan yang akan dijawab oleh calon peperiksaan online nanti. Bahagian-bahagian itu adalah:


  • Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris


Untuk kali ini, tiada peperiksaan untuk Pengetahuan Am, hanya Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris yang akan dijawab calon peperiksaan online nanti.

Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan mengunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

  1. Kemahiran Logik
  2. Kemahiran Menginterpretasi Data
  3. Konsep Matematik dan Akaun

Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif

10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk memberikan anda gambaran, bagaimana bentuk Soalan Daya Menyelesaikan Masalah? Saya kongsikan dengan anda 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 Pengurusan Stor untuk rujukan dan contoh soalan sahaja.

1. 154 kg kertas terpakai akan dijual di pusat kitar semula. 5/7 daripada jumlah tersebut adalah kertas berwarna. Selebihnya pula adalah kertas putih yang berharga RM0.35 sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualan kertas putih tersebut?

A) RM15.40
B) RM16.40
C) RM31.90
D) RM 53.90

2. Dewan F mempunyai kerusi yang disusun sebanyak 15 baris dalam jumlah 25 buah kerusi bagi setiap baris. 75 buah kerusi dari dewan G diambil dan dimasukkan ke dalam dewan H yang telah mempunyai 250 buah kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi didalam ketiga-tiga dewan tersebut ialah 940. Berapakah bilangan kerusi yang masih ada didalam dewan G?

A) 165
B) 240
C) 315
D) 490

3. {400, 361, 324, N, 256, 225}. Apakah nilai paling tepat bagi N?

A) 289
B) 290
C) 275
D) 287

4. Sebekas kacang tanah berjumlah 1,200 biji akan dimasukkan ke dalam 10 buah mangkuk dan 5 biji cawan. Setiap cawan diisi sebanyak 45 biji kacang dan setiap mangkuk diisi sebanyak 85 biji kacang. Berapakah baki kacang yang tinggal didalam bekasnya?

A) 125
B) 135
C) 145
D) 155

5. Zack membayar harga pembelian sebuah set karaoke berjumlah RM3199.50 setelah mendapat diskaun sebanyak 25%. Berapakah harga asal set karaoke tersebut?

A) RM3,999
B) RM4,000
C) RM4,266
D) RM4,922

6. Ahmad mempunyai wang simpanan sebanyak RM25,000 dan dia menggunakan 1/20 sebagai modal perniagaan jualan burger. Setelah sebualn berniaga beliau memperolehi keuntungan sebanyak 3 kali harga modal tersebut. Berapakah jumlah keuntungan yang diperolehinya?

A) RM2,500
B) RM1,250
C) RM5,000
D) RM3,750

7. Berapakah bilangan duit syiling 20 sen boleh ditukar bagi nilai 45% daripada RM550?

A) 247
B) 248
C) 1237
D) 1238

8. Berat sebakul sayur sawi ialah 15kg dan dijual dengan harga RM2 bagi setiap 300g. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhan sayur sawi tersebut?

A) RM50
B) RM30
C) RM150
D) RM100

9. Sebuah tangki mengandungi 4,800 liter air yang digunakan untuk menyiram tanaman secara berterusan pada kadar 5 liter bagi setiap 5 minit dalam tempoh 3 jam. Berapakah baki air yang tinggal di dalam tangki itu selepas tamat tempoh tersebut?

A) 180 liter
B) 4500 liter
C) 4320 liter
D) 300 liter

10. Jumlah nilai abjad R A J I N ialah 80. Jumlah nilai abjad A dan I ialah 20. R:J:N bersamaan 1:2:3. Berapakah nilai N?

A) 3
B) 6
C) 30
D) 60

Dapatkan Panduan Menjawab dan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Anda bertuah kerana berada disini. Saya nak kongsikan dengan anda sebuah ebook panduan beserta nota matematik dan juga Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah khas untuk Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 Pengurusan Stor.

Ebook ini bukan saja padat dengan contoh soalan peperiksaan, malah dilengkapi dengan nota yang membolehkan anda guna semasa peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam ebook ini?
  1. Nota & Rumus Matematik 
  2. Contoh Soalan & Jawapan (60 soalan)
Untuk rujukan dan contoh soalan peperiksaan untuk jawatan yang lain, sila ke laman dibawah untuk mendapatkan rujukan anda.

10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29


Dapatkan disini [+] http://bit.ly/PPegawaiTadbirN29

Semoga membantu calon-calon yang menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti.

All the best!

Catat Ulasan

1 Ulasan