Senarai 219 Kilang OEM Terkini Berdaftar Dengan KKM

Senarai 219 Kilang OEM Terkini Berdaftar Dengan KKM

Senarai 219 Kilang OEM Terkini Berdaftar Dengan KKM | Mempunyai produk jenama sendiri merupakan impian ramai orang. Antara produk yang berpotensi besar untuk perniagaan adalah menghasilkan produk kosmetik dan produk kesihatan. Semakin ramai wanita-wanita yang nak kelihatan cantik. Produk kosmetik adalah hot product untuk pasaran masa kini.

Produk kesihatan juga pilihan paling baik untuk di jenamakan. Ramai yang nak cari penawar atau kesembuhan untuk penyakit yang mereka hidapi. Namun, produk ini perlu lah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk yang telah diuji dan diluluskan sangat mudah nak tau. Bagaimana cara nak tahu produk diluluskan KKM atau tidak? Produk tersebut akan tertera nombor pendaftaran :

NOT (untuk produk kosmetik) Cth: NOT12345678K
MAL (untuk produk ubat-ubatan) Cth: MAL12345678X


Cara Semak No Pendaftaran KKM

Selalu kita dengar berita tentang produk kosmetik mempunyai bahan kimia terlarang. Terkejut kita dengar produk yang kita pakai ada bahan terlarang tu kan?

Ramai yang tahu bagaimana cara untuk menyemak kesahihan maklumat tersebut. Cara nak semak mudah saja, cuma kita kadang-kadang lebih suka dengar dari mulut orang lain berbanding menyemak sendiri.

Senarai 219 Kilang OEM Terkini Berdaftar Dengan KKM

Cara nak semak sekarang dah cukup mudah, anda perlu download aplikasi NPRA Product Status di Google Playstore dan masukkan maklumat produk tersebut. Atau, pergi ke laman web https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms untuk semakan melalui laman web NPRA.


Panduan Buat Produk Jenama Sendiri

Apabila anda bercadang atau merancang untuk menghasilkan produk jenama sendiri, banyak perkara yang perlu diketahui selain duit modal untuk memulakan bisnes. Minat dah ada, cuma ilmu tu yang kurang sikit, sebabnya kita tak tahu..
  • Tak tahu bagaimana cara nak bermula?
  • Tak tahu macam mana nak buat?
  • Tak tahu dimana nak buat?
  • Tak tahu kilang OEM dimana?
  • Tiada ilmu dalam menghasilkan produk sendiri?
  • Tak tahu berapa modal?
  • Tak tahu nak buat design bagaimana?
  • Tak tahu nak pakai botol macam mana?
  • Tak tahu nak guna sistem menjual produk?
  • Tak tahu undang-undang produk?
  • Tak tahu macam mana nak pasarkan produk?
  • Tak tahu tentang sijil-sijil yang diperlukan?
  • Tak tahu jabatan kementerian mana terlibat?

Pilihan terbaik untuk menghasilkan produk jenama sendiri adalah menggunakan perkhidmatan OEM (Original Equipment Manufacturer). Dengan mendapatkan perkhidmatan OEM, anda tak perlu lagi susah-susah nak kena ke kilang, upah pekerja dan buat kajian makmal sebab semua benda tu dah disediakan oleh OEM.


Kebaikan OEM Kepada Usahawan

Jimat kos – Anda tak perlu melabur wang yang banyak untuk mendapatkan mesin yang mahal bagi menghasilkan produk kosmetik yang bermutu tinggi. OEM mempunyai mesin untuk mengilang produk  anda.

Kepakaran – Kepakaran anda bukan masalah sebab dengan perkhidmatan OEM, anda hanya perlukan modal untuk menggunakan kepakaran OEM dalam penghasilan formula produk kosmetik. OEM mempunyai kepakaran dan teknologi dalam hasilkan produk bermutu tinggi.

Ujian Makmal – Anda tak perlu resah pada keselamatan produk kerana OEM sentiasa menjalankan ujian  makmal bagi menjaga kualiti serta keselamatan produk bagi mengelakkan kesan negative kepada pengguna dan setiap produk didaftarkan dan mendapat kelulusan KKM.

Ekonomik – Pelaburan jangka panjang boleh dijalinkan bersama kilang OEM ini untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan. Semakin banyak produk anda, semakin banyak penjimatan dan pulangan keuntungan.

Fokus – Anda hanya focus kepada Core Business dan juga pemasaran produk. Tidak perlu memerah otak bagi menghasilkan produk bermutu tinggi yang dapat memberikan kesan positif kepada pelanggan. Pengilangan, Lab Test, KKM Registration, R & D, dan Lab Equipment semuanya disediakan OEM.

Itulah 5 kebaikan utama menggunakan khidmat OEM untuk usahawan baru. Pendek kata, anda hanya perlu MODAL dan NICHE produk untuk dikeluarkan.

Senarai 219 Kilang OEM Terkini Berdaftar Dengan KKM

Nak dapatkan senarai Kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) yang terkini? Sekarang dah ada 219 dan anda perlu dapatkan senarai ini sekali dengan Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk.

Dapatkan Ebook ini – Klik Sini

Semoga bermanfaat untuk semua bakal Owner Produk !!

Catat Ulasan

1 Ulasan