bisnesaiskrim

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019 | Dengar kata, ada pelajar yang terlepas bagi permohonan kemasukan ke IPTA bulan April lepas. Tapi, untuk kemasukan bulan disember di Politeknik seluruh Malaysia kini dibuka bermula 30 Ogos 2019 lalu. 

Bagi calon yang berminat melanjutkan pelajaran dalam Diploma Sepenuh Masa atau Separuh Masa, anda boleh membuat permohonan memasuki Politeknik secara atas talian. 

Bagaimana buat permohonan atas talian?

Baca selanjutnya, saya akan terangkan serba sedikit cara mohon Politeknik secara online dibawah ni.


Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2019

Permohonan kemasukan untuk Sesi Disember 2019 akan dibuka secara atas talian melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my pada 30 Ogos 2019 mulai jam 5.30 petang bagi program-program seperti di bawah:
  1. Sijil Kolej Komuniti
  2. Sijil Kemahiran Khas (ketidakupayaan pendengaran) Politeknik
  3. Pra Diploma Politeknik
  4. Diploma Politeknik
  5. Diploma Kolej Komuniti

Pengambilan Tahun 2019

Diploma Sepenuh Masa
Borang Permohonan dibuka : 30 Ogos 2019
Pendaftaran Pelajar : 1 Disember 2019

Maklumat lanjut:

Sijil Kolej Komuniti

Borang Permohonan dibuka 30 Ogos 2019
Pendaftaran Pelajar 4 Disember 2019

Pra Diploma Politeknik
Borang Permohonan dibuka 30 Ogos 2019
Pendaftaran Pelajar 1 Disember 2019

Sijil Kemahiran Politeknik
Borang Permohonan dibuka 30 Ogos 2019
Pendaftaran Pelajar 1 Disember 2019


Kenapa Politeknik & Kolej Komuniti menjadi pilihan?


Cara Membuat Permohonan Atas Talian


Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019

Langkah 2: Pilih Program apa yang nak diambil, samada (klik pada link yang akan dipaparkan)
  1. Pra Diploma/Diploma Politeknik 
  2. Sijil Kemahiran Khas Politeknik 
  3. Sijil/Diploma Kolej Komuniti 

Langkah 3: Sebelum memohon, pastikan menyemak Syarat Kelayakan Masuk, kemudian pilih mengikut kategori kelulusan anda.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019


Langkah 4: Jika anda lulusan SPM tahun 2018, pilih kategori program lepasan SPM. Kemudian, pilih samada Program Diploma atau Pra Diploma.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019


Langkah 5: Isikan maklumat peribadi, masukkan keputusan peperiksaan SPM, nyatakan program yang nak dipohon, kegiatan sukan dan kokurikulum dan maklumat lain.

Langkah 6: Hantar Maklumat Permohonan! Kemudian,cetak slip permohonan kemasukan ke Politeknik seperti dibawah ni.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019

Selesai.

Untuk makluman, calon-calon boleh membuat semakan pada setiap hari Khamis selepas jam 6 petang.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019

So, kalau apply minggu ni, next week khamis boleh semak dah keputusan kemasukan ke Politeknik ni samada layak atau tidak. Penempatan selalunya pihak Politeknik yang tentukan.

Semoga berjaya semua!

Catat Ulasan

1 Ulasan