bisnesaiskrim

Kilang Kosmetik Untuk Founder Produk Di Sabah

Menghasilkan produk jenama sendiri adalah impian setiap orang. Siapa yang tak terfikir membina empayar produk sendiri kan? Ramai founder produk yang sudah bergelar JUTAWAN pada ketika ini, Dato’ Alif Syukri, Dato Seri Vida dan ramai lagi. Rata-rata yang popular sekarang ni kebanyakkannya founder yang berasal dari negeri Kelantan. Semua founder produk ini mempunyai kilang yang menghasilkan produk jenama mereka sendiri.

Kilang Kosmetik Untuk Founder Produk Di Sabah

Persoalannya, adakah kilang di Kelantan menawarkan servis yang luar biasa atau adakah kilang di Kelantan mempunyai harga jauh lebih rendah berbanding kilang yang lain? Jawapannya, tidak!

Kebanyakkan pengasas produk walaupun berasal dari Kelantan tetapi kebanyakkannya menetap di Kuala Lumpur dan ibu pejabat beroperasi di bandar-bandar utama seperti Shah Alam, Cyberjaya dan Johor Bharu.

Sebenarnya, ada ramai lagi founder produk yang ada di Malaysia ni. Ada yang baru nak mula, ada yang dah dikenali ramai dan ada juga yang dah popular. Founder produk yang viral dan popular ni sebenarnya, mempunyai modal yang lebih untuk marketing.

Dalam dunia perniagaan, bajet paling banyak perlu digunakan adalah bajet marketing. Tanpa marketing, bisnes anda akan mati ! marketing yang dibuat itulah penentu kepada jatuh naiknya bisnes anda.


Kilang Kosmetik Terbaik Di Sabah

Beberapa minggu yang lepas, saya sempat menemuramah seorang pengasas dan CEO sebuah kilang kosmetik di Sabah. Kilang kosmetik yang saya maksudkan adalah Norcy Beautylab Sdn Bhd, atau dikenali juga sebagai The BeautyLab.

Kilang kosmetik ini terletak di daerah kecil Matunggong, Kudat. Jika anda ke kilang ini, perjalanan kira-kira 140 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dan memakan masa 2 jam setengah untuk kesini. 

Saya pasti, jarak dan masa itu bukan masalah utama bagi usahawan yang ingin menghasilkan produk jenama sendiri. Di Norcy Beautylab Sdn Bhd, anda akan diberikan servis yang terbaik dari segi consultation dan penerangan lanjut langkah-langkah memulakan produk sendiri.

Sebelum anda ke kilang kosmetik ini, saya akan terangkan serba sedikit servis yang ditawarkan disini. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
  1. Menghasilkan produk kecantikan
  2. Kelas kosmetik
  3. Ujian makmal 
  4. Persijilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – NOTi dan MAL
  5. Pendaftaran TOKEN dengan KKM
  6. Menjual bahan mentah membuat kosmetik
  7. Kelas pemasaran produk
  8. Merekabentuk packaging produk

Berbeza dengan kilang OEM, kilang kosmetik Norcy Beautylab ini tertumpu kepada niche produk kecantikan, penjagaan kulit, dan rambut. Kilang OEM yang selalu kita dengar itu tidak tertumpu kepada niche produk kosmetik kerana ia adalah Original Equipment Manufacturer (OEM) yang menghasilkan produk pelbagai kategori misalnya produk kosmetik, produk makanan, produk pakaian dan sebagainya.

Sekiranya anda, wanita yang berimpian memiliki produk jenama sendiri dalam niche produk kecantikkan, Kilang Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd adalah pilihan terbaik anda terutamanya anda yang berada di negeri Sabah. 

Kini anda tidak perlu ke Semenanjung Malaysia atau luar negara untuk mencari kilang kosmetik untuk hasilkan produk jenama sendiri lagi. 

Kilang Kosmetik Untuk Founder Produk Di Sabah

Pengasas dan CEO, Norsiah Binti Ahiddin, 31 yang berkelulusan Ijazah Sains Makmal Perubatan (Kepujian) berkata semasa ditemuramah, founder produk yang mahu membina empayar produk jenama sendiri boleh bermula dengan MOQ 10 unit sahaja. Modal permulaan serendah RM99 !

Ya, betul. Modal serendah RM99, MOQ 10 unit !

Bagi anda yang berminat mendapatkan perkhidmatan Norcy Beautylab Sdn Bhd, anda boleh menghubungi :-

Kilang Kosmetik Untuk Founder Produk Di Sabah

Norcy Beautylab Sdn Bhd
Pusat Keusahawanan Matunggong,
Peti Surat 78, 89058, Kudat,
Sabah.

Tel/Whatsapp: 012-8365418

Facebook Fan Page: Norcy Beautylab Sdn Bhd


P/s: Dapatkan Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk [ Klik sini ] untuk panduan A hingga Z untuk menjadi owner atau founder produk.

Catat Ulasan

0 Ulasan