Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO

Dalam perniagaan, pemasaran adalah amat penting bagi usahawan dalam sesebuah perniagaan. Tanpa pemasaran perniagaan tersebut tidak akan mendapat tempat dalam hati pelanggan. 

Samada perniagaan baru mahupun perniagaan yang telah terkenal, pemasaran tetap harus dilakukan agar perniagaan tersebut makin berkembang seterusnya boleh menembusi pasaran yang lebih luas, ke luar negara misalnya. 

Perkara ini dapat kita lihat daripada syarikat Nestle, KFC, McDonald dan sebagainya. Walaupun sudah lama menjadi pengeluar dan restoran terbesar di dunia, pemasaran tetap dilakukan dengan aktif malah menggunakan teknik pemasaran yang lebih kreatif dari masa ke semasa.

Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO

Oleh itu, saya dengan rendah hati berkongsikan sedikit ilmu pemasaran hasil pembacaan. Kalau anda rajin cari maklumat bolehlah google sendiri, kalau tak, baca info yang saya huraikan dibawah ni saja ya..:)


Pemasaran Penting Dalam Perniagaan

Sebelum anda menceburi bidang perniagaan pun anda sudah diterangkan mengenai pemasaran. Ianya bukan setakat hasilkan produk dan tunggu orang datang sendiri beli produk anda. 

Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO

Tidak! Pemasaran lah yang akan membuka mata pelanggan untuk mengetahui tentang produk anda.

Jadi, kenapa pemasaran ni penting?

Pertama, untuk memberitahu pelanggan tentang kewujudan produk anda. Ia juga dipanggil sebagai “Brand Awareness”.

Matlamat utama dalam perniagaan adalah mendapatkan pelanggan. Namun, jika tiada pemasaran yang dilakukan, bagaimana pelanggan nak mengetahui tentang produk dan servis yang anda tawarkan?

Platform pertama yang boleh digunakan untuk lakukan pemasaran adalah melalui media sosial. Teknik pemasaran melalui laman media sosial memang cara yang efektif pada masa kini. 

Kedua, pemasaran boleh meningkatkan jualan dan keuntungan. Apabila anda melakukan pemasaran, masyarakat bukan sahaja dapat mengetahui tentang kewujudan perniagaan anda tetapi juga cenderung untuk menjadi pelanggan anda. Pemasaran yang kreatif dan gaya pemasaran yang unik akan meningkatkan jualan seterusnya menambah keuntungan dari masa ke semasa.

Ketiga, pemasaran mewujudkan persaingan yang sihat. Setiap peniaga mempunyai teknik pemasaran yang tersendiri untuk bersaing dengan usahawan lain. Dalam pemasaran, tiada istilah cukup atau tidak! Pemasaran harus dilakukan terus menerus, “siapa buat pemasaran lebih, dia akan dapat jualan dan keuntungan lebih” !


Kaedah Pemasaran Yang Boleh Di Praktikkan

Beberapa kaedah untuk terus menerus boleh dilakukan untuk pemasaran adalah:
  1. Pemasaran di media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya
  2. Pemasaran di Surat Khabar 
  3. Pemasaran melalui pengiklanan di kaca TV
  4. Pemasaran langsung dengan menyertai Karnival/Festival dan Event yang dianjurkan dengan membuka booth jualan
  5. Pemasaran di internet dengan menggunakan blog/website.
Pemasaran sangat bergantung kepada berapa bajet pemasaran yang anda sediakan. Pengiklanan di media sosial memang percuma, namun audience yang melihat iklan anda tu terhad melainkan anda menggunakan Facebok Ads dengan caj tertentu.

Bagaimana pula dengan pengiklanan di Surat Khabar? Ya, semestinya berbayar. Ruangan iklan yang digunakan untuk meletakkan iklan anda perlu dibayar. Ada yang murah, ada juga yang mahal. Terpulanglah dengan anda nak iklan dengan newspaper mana. 

Nak iklan surat khabar murah? – klik sini

Menghadiri event, karnival atau festival juga merupakan cara pemasaran yang baik. Tetapi, pelanggan anda terhad kepada pengunjung karnival itu sahaja. Balik modal bayar sewaan booth itu mungkin bolehlah.

Berbeza dengan menggunakan blog atau website. Selalu kita nak cari maklumat sesebuah produk tu macam mana? Mesti kita buka hp atau laptop, dan buka google..carilah nama produk tu.. 

Bagaimana perasaan anda bila produk yang anda nak cari tu tiada di laman carian google, atau maklumat yang sangat terhad? Pelanggan mesti kurang yakin kan? Apatahlagi nak beli ! kita tak tahu maklumat tentang sesebuah produk tu, bagaimana kita nak percaya produk tu bagus atau tidak !


Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO

Saya bukan nak kata teknik pemasaran lain tak bagus, cuma kalau anda nak menjimatkan kos pemasaran tu saya cadangkan anda buat kontes atau pertandingan SEO.

Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO

SEO (Search Engine Optimization) merupakan teknik yang digunakan oleh blogger untuk meletakkan sesebuah artikel itu berada di laman pertama enjin carian. Ramai blogger di Malaysia ini pakar dalam teknik penulisan SEO. Tak hairanlah, ramai pengasas produk dan syarikat tertentu menggunakan khidmat blogger untuk review produk mereka.

Untuk meminta blogger review produk, anda perlu membelanjakan kira-kira RM50 hingga RM500 untuk sebuah artikel. Jika anda nak dapatkan khidmat blog yang lagi hebat dari segi trafik dan penulisan mungkin anda perlu membayar lebih dari itu.

Untuk penulisan artikel review produk, rata-rata bayaran yang saya pernah terima adalah dari RM100 hingga RM300.

So, anggaplah anda nak dapatkan khidmat review blogger dengan bayaran RM100 sebuah artikel untuk 30 orang blogger.

RM100 X 30 orang = RM3,000

Berbeza dengan mengadakan kontes SEO, hadiah pemenang masih dalam jumlah yang sama iaitu RM3,000 tetapi, penyertaan yang lebih ramai disebabkan pertandingan ini menggunakan teknik penulisan SEO. Sebagai contoh cara pembahagian hadiah:-

Tempat Pertama: RM1,000
Tempat Kedua: RM700
Tempat Ketiga: RM500
Tempat ke 4-14 : RM80

Boleh baca entry berkaitan pertandingan SEO didalam blog saya ni - [ baca sini ]

Pertandingan SEO selalunya ramai yang join. Ramai blogger yang sukakan CABARAN SEO macam ni. Bayangkan jika penyertaan melebihi 100 orang blogger?

Berapa penjimatan anda dapat? 

RM100 X 30 orang = RM3,000 (terhad kepada 30 orang sahaja)

VS

RM100 X 100 orang = RM10,000 (anggaran penyertaan kontes SEO)

Anda jimat RM7,000!! 


Kelebihan Mengadakan Kontes SEO

Ramai peniaga yang masih belum sedar KUASA ENJIN CARIAN google, yahoo, bing dan sebagainya. Antara kelebihan yang memberi manfaat berpanjangan kepada usahawan adalah:
  1. Penjimatan Kos Pemasaran Di Laman Carian Internet – Dalam pertandingan SEO, blogger akan berusaha bersungguh-sungguh optimize kan gaya penulisan agar mesra SEO. Siapa yang berada di laman pertama enjin carian, dialah yang akan memenangi petandingan ini. Jika dah ada top artikel dengan keyword tertentu yang ditetapkan berada di first page, google adsword mungkin tak perlu lagi nak buat. Penjimatan memang tinggi!
  2. Pelanggan Mudah Mendapatkan Maklumat Produk/Bisnes – Sebelum pelanggan buat pembelian, mereka gemar mencari maklumat terlebih dahulu di google/yahoo. Semakin banyak info tentang produk dan perniagaan anda, semakin tinggi keyakinan mereka untuk menjadi pembeli. 
  3. Pengiklanan Berpanjangan Percuma – Artikel yang diterbitkan untuk pertandingan SEO ini selalunya berkekalan di blog/website tersebut, selagi blogger tidak memadam atau menutup website mereka. Ini bermakna, artikel berkaitan produk dan bisnes anda kekal selama-amanya di website tersebut. Ini adalah teknik pengiklanan percuma yang memberi manfaat berpanjangan kepada perniagaan anda. 
  4. Menimbulkan Keyakinan dan Kebolehpercayaan Pelanggan – Banyak review yang positif bermakna produk anda bagus! Bayangkan jika penyertaan kontes SEO yang anda anjurkan disertai seramai 200 orang blogger? 200 artikel tentang produk anda mengungguli laman pertama, kedua dan ketiga enjin carian google/yahoo. Kalau ramai review positif, pelanggan pasti akan lebih yakin dan percaya terhadap produk anda.


Kesimpulan

Menggunakan servis review blogger dalam kontes SEO agak berbeza dengan platform media sosial. Sebaran melalui media sosial memang pantas dan efektif tetapi akan ‘tenggelam’ jika tidak dilakukan berterusan. Manakala, melalui blogger pula bukan platform untuk meningkatkan jualan mendadak tetapi ianya merupakan teknik pemasaran dalam jangka masa yang berpanjangan. Mungkin orang tak akan cari info produk anda sekarang, tapi bila ada pelanggan yang berminat nak tahu dan mencari di google, ketika itulah artikel ini akan dibaca. 

So, kepada usahawan diluar sana yang mahu menjimatkan kos pemasaran di laman carian internet, adakanlah kontes SEO untuk meningkatkan Brand Awareness dan keyakinan pelanggan anda diluar sana. 


Jika berminat berkolaborasi dengan saya, boleh hubungi saya.

Catat Ulasan

3 Ulasan