Cara Memulakan Perniagaan Produk Kecantikan Sendiri


Ramai yang pasang angan-angan besar nak jadi seperti Dato’ Vida dan Dato’ Aliff Syukri. Nak ada produk jenama sendiri dan nak jadi boss urus perniagaan sendiri, ada sesetangah orang ni tak suka kerja dibawah orang lain. Ada yang nak mengarah pekerja sendiri, urus bisnes sendiri.

Nak berjaya menjadi seorang usahawan bukanlah mudah. Pastinya pengorbanan dari segi modal dan masa amat besar sekali. Namun, ramai yang dah berjaya. Kalau mereka boleh, mengapakah anda tak boleh?

Kalau ditanya mengenai modal permulaan, mesti mahal jika nak buat produk sendiri. Memikirkan tentang mesin, sewaan kilang, upah pekerja, kelulusan KKM dan urusan pemasaran satu kerja yang sangat memeningkan. Modal untuk membeli mesin dan kilang saja pun dah banyak modal diperlukan tapi produk belum tentu bagus atau tidak.


Cara Buat Produk Jenama Sendiri

Untuk membuat produk jenama sendiri, anda perlu melakukan 6 langkah utama dalam penghasilan produk kecantikan tersebut.

Cara Memulakan Perniagaan Produk Kecantikan Sendiri

Antara langkah bagaimana cara untuk menjadi pengasas produk adalah:

1. Kaji Selidik Pasaran
Sebelum ingin membuat apa-apa produk, pastikan buat kaji selidik pasaran untuk mengetahui sama ada produk yang bakal dibuat mempunyai permintaan ataupun tidak.

2. Sebut Harga dan Negosiasi
Datang ke kilang untuk membuat tempahan. Pihak kilang akan memberikan sebut harga dan proses tawar menawar harga akan berlaku.

3. Sampel Produk Dan Design
Setelah bersetuju dengan sebut harga, pembayaran deposit diperlukan untuk membuat design dan sampel produk. Ketika ini, proses R & D dilakukan di Lab untuk penghasilan sampel produk.

4. Kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM)
Setelah design produk siap, pihak pengilang akan menghantar produk tadi ke KKM untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pembuatan produk berjalan. Pendaftaran NOTIFIKASI produk memakan masa 2-4 minggu.

5. Pengilangan dan Penghantaran
Setelah semua proses selesai, pihak pengilang akan memulakan pengilangan produk dan menghantarnya kepada anda atau mengambil sendiri di kilang tersebut.

6. Penjualan dan Pengulangan Tempahan
Kini, tiba masa pengasas produk tersebut untuk membuat marketing dan jualan sebanyak mungkin untuk meraih keuntungan dan boleh membuat tempahan semula dengan kilang terbabit.

Bagi anda yang baru merancang nak hasilkan produk jenama sendiri, boleh baca Panduan Menjadi Owner Produk ini.

Semoga bermanfaat untuk bakal Usahawan!

Catat Ulasan

0 Ulasan