Atikah Suhaimie Suka Lelaki Perut Buncit

Atikah Suhaimie Suka Lelaki Perut Buncit

Masih bujang sejak kisah putus tunang terdahulu, Atikah Suhaimie berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya. Percaya atau tidak, antara ciri-ciri tersebut, Atikah sangat menyukai lelaki berperut buncit.

Berkongsi rakaman ketika ditemu bual sebuah stesen radio tempatan, Atikah memberitahu beliau mengidamkan lelaki yang mempunyai kewangan kukuh. Malah Atikah juga tidak kisah berapa pun umur jejaka terbabit.

“Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang. Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakkan”

“Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit,” selorohnya mengenai kriteria lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.

Lain macam betul kriteria lelaki idaman Atikah. Bolehlah jejaka-jejaka berperut buncit di luar sana mencuba nasib, tapi ingat kewangan juga kena kukuh barulah dapat memenangi hati pelakon cantik ini. (rtky/w)


A post shared by Atikah Suhaime πŸ‡²πŸ‡¨πŸ‡ΈπŸ‡¬πŸ‡²πŸ‡Ύ (@therealatikahsuhaime) on


P/s: Kalau nak cuba memikat aktress jelita ni, boleh kukuhkah kewangan dan buncitkan perut..hehe..

Catat Ulasan

0 Ulasan