2 Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta Akan Dibuat Serentak Tahun Ini

Bagi korang yang pernah mengambil pinjaman pendidikan PTPTN pasti tahu apa itu SSPN-i. Ketika saya masih belajar dulu, SSPN-i ini adalah suatu kewajipan untuk pemohon baru pinjaman pendidikan PTPTN. SSPN-i ini hanya dibuka sekali sahaja, anda boleh deposit bila-bila masa tanpa komitmen bulanan.

Berbeza dengan SSPN-i Plus, ia merupakan simpanan berserta dengan perlindungan takaful. Komitmen bayaran bulan bermula serendah RM30 hingga RM500 sebulan. Dimana masing-masing dengan kelayakan jumlah perlindungan takaful dan manfaat yang lain.

Jikalau sudah membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak, pasti anda dah tahu apa keistimewaan dan manfaat menabung dengan SSPN-I Plus ini kan? Kalau tak tahu, dibawah ni adalah ringkasan manfaat yang pendeposit dan anak akan dapat.

2 Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta Akan Dibuat Serentak Tahun Ini

Jika dibandingkan simpanan di Bank, Akaun Pelaburan Amanah Saham, dan Unit Trust.

2 Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta Akan Dibuat Serentak Tahun Ini

Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta


Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten dan bagi menghargai rakyat Malaysia yang memilih SSPN-i sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak, di samping meraikan produk ini yang telah berada di pasaran selama 15 tahun.

2 Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta Akan Dibuat Serentak Tahun Ini

Bagi pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i Plus dan SSPN-i, mereka adalah layak untuk berpeluang memenangi kedua-dua cabutan ini.

Kelayakan Umum Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019

1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus;
2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh:
  • Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  • Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);

3. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
5. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.
6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat tempoh promosi.


Kelayakan Khas Cabutan Wow! Siri

Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun baharu dalam Tempoh Promosi.


Kelayakan Khas Cabutan Wow! Tahunan

  1. Terbuka kepada pendeposit baharu dan pendeposit sedia ada.
  2. Pendeposit sedia ada perlu membuat penambahan simpanan semasa Tempoh Promosi.
  3. Pendeposit sedia ada yang membuka akaun melebihi tiga (3) tahun dan telah membuat pengeluaran, bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan.

Untuk maklumat lanjut terma dan syarat, sila klik di sini

Kelayakan Umum Cabutan Wow! SSPN-i  2019

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang baharu dan sedia ada sahaja;
  2. Pendeposit perlu membuat penambahan simpanan dalam Tempoh Promosi;
  3. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
  5. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.

Untuk maklumat lanjut terma dan syarat, sila klik di sini

2 Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta Akan Dibuat Serentak Tahun Ini

2 Cabutan Wow SSPN-i Plus Berjumlah RM1.1 Juta Akan Dibuat Serentak Tahun Ini

Untuk tak terlepas cabutan wow ni, buka akaun sspn-i plus sekarang...



Catat Ulasan

0 Ulasan