Jika 10 atau 20 tahun yang lalu, memiliki laman web perniagaan bukanlah suatu kepentingan. Jual saja dikedai sendiri, di tamu-tamu, pasar tani dan pasar minggu. Tetapi pada zaman sekarang ni, kalau tak gunakan sepenuhnya platform atas talian maka rugilah anda dalam perniagaan. Kewujudan perniagaan anda dalam enjin carian dan platform media sosial adalah penentu jatuh dan naiknya perniagaan anda.
Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 10 kelebihan memiliki laman web perniagaan atau website ecommerce anda sendiri. Antara kelebihannya adalah:-
1. Kredibiliti Perniagaan
Perniagaan yang mempunyai laman web mempunyai kredibiliti
sebagai sebuah perniagaan yang dipercayai dan diyakini. Segala maklumat
perniagaan harus tertera di laman web tersebut termasuk sijil perniagaan SSM,
Pentauliahan, Persijilan dan Anugerah yang pernah dicapai. Pelanggan anda tidak
akan ragu-ragu untuk berurusan dengan anda.
2. Penguasaan dan Akses Enjin Carian
Laman web ecommerce gergasi yang popular seperti Lazada dan Shopee
pun menggunakan teknik penguasaan SEO (Search Engine Optimization). Untuk
berada di laman pertama enjin carian, sesebuah perniagaan ada mengupah designer,
seo expert, copywriter untuk marketing mereka. Lazada sentiasa berada di laman
pertama enjin carian kerana banyak menawarkan contest, sponsor posts dan
sebagainya dengan menggunakan servis blogger di Malaysia.
Bayangkan jika laman
web perniagaan anda menguasai SEO dan mudah diakses?!
3. Kedai 24 Jam
Laman web perniagaan yang dilengkapi sistem payment gateway
yang fleksible akan memudahkan pelanggan membuat pembelian dengan pantas.
Berbeza dengan menjual di Facebook, Instagram dan media social lain yang
memerlukan anda membalas chat dan mesej secara manual. Guna messenger dan
whatsapp untuk menjual belum tentu boleh close sale kan? Bagaimana jika semua
maklumat produk dinyatakan di laman web anda dan buat pembayaran terus tanpa
chat? Mudah kan? Laman web perniagaan akan berfungsi 24 jam.
4. Penjenamaan
Penjenamaan perniagaan anda sangat penting. Bukan setakat
design packaging produk yang orang akan kenal, tetapi juga laman web perniagaan
anda. Laman web perniagaan yang mempunyai nama domain seperti .com/ .my/ .net
dan lain-lain adalah proses penjenamaan untuk jangka masa yang panjang.
Sesebuah perniagaan yang mempunyai laman web memang mudah diyakini pelanggan
kerana kredibiliti yang lebih baik.
5. Menambah Keyakinan Pelanggan
Ramai yang tertipu ketika membuat pembelian di Facebook.
Sebab itulah ramai orang dah tak yakin sangat nak membeli di sana. Membina
keyakinan pelanggan melalui penjenamaan dan sistem pembayaran lebih selamat dan
mudah adalah kunci kejayaan perniagaan disamping kegunaan dan keberkesanan
produk itu sendiri. Jika produk anda/perniagaan anda mudah dicari di enjin
carian, maka lebih percaya dan yakinlah pelanggan terhadap produk dan
perniagaan anda.
6. Database Pelanggan
Dengan memiliki laman web perniagaan, anda boleh menyimpan
dan mengumpul database pelanggan. Bukan setakat beli, lepas tu lupa dengan
maklumat pelanggan. Rekod pelanggan yang mengandungi nombor telefon dan email
itu sangat berguna untuk email marketing dan promotion. Jika nak retargeting
prospek, database inilah paling penting untuk anda.
7. Sistem Pengurusan Tempahan dan Bayaran
Laman web perniagaan yang dilengkapi dengan tools untuk merekod
pembelian memudahkan urusan penghantaran. Bayaran pula boleh dibuat samada
menggunakan Online Banking, Kad Kredit/Debit atau Paypal. Di Malaysia, banyak
payment gateway yang anda boleh guna seperti Billplz, iPay88, senangPay, Boost
Wallet dan banyak lagi. Dengan payment gateway, tiada lagi
8. Menarik Prospek Melalui Integrasi Email Marketing, FB Pixel,
dan Lain-lain
Melalui laman web, anda boleh integrasikan sistem lain yang
bersesuaian untuk mendapatkan prospek dan pelanggan baru untuk membeli produk
anda. Antaranya melalui FB Pixel dimana anda boleh menarik perhatian prospek
untuk melayari laman web anda dengan menyuap mereka menggunakan iklan di
Facebook. Selain itu, anda juga boleh mengumpul maklumat prospek menggunakan
sistem subscription, mereka yang mengisi maklumat ini akan disimpan dalam
database email anda. Mereka inilah potential customer yang berminat dengan
produk anda. Segala promosi dan diskaun voucher boleh diemailkan kepada mereka
menggunakan Email Marketing.
9. Analisis dan Pelaporan
Mempunyai laman web, anda juga boleh menganalisis prospek
dengan melihat google analytic, google webmaster tools dan laporan statistic pengunjung
yang mengandungi umur, lokasi dan minat mereka. Analisis inilah maklumat yang
anda perlukan untuk retargeting dalam marketing seterusnya. Ada banyak tools
yang anda boleh gunakan untuk analisis dan pelaporan. Ini penting untuk
strategi pemasaran melalui laman web anda nanti.
10. Jualan Yang Meluas Melalui Integrasi Marketplace Popular
Apabila anda memiliki laman web perniagaan, bukan bermakna
anda perlu bergantung sepenuhnya dengan laman web tersebut. Website tersebut
untuk membina kredibiliti dan keyakinan pelanggan. Manakala, untuk marketing
anda perlu gunakan marketplace seperti Lazada, Shopee, PrestoMall, Lelong,
Facebook, Instagram dan sebagainya. Gunakan segala platform untuk marketing
termasuk mengupah blogger untuk review produk dan bisnes anda.
Bagaimana Nak Buat Website Perniagaan Cara Mudah? Berapa
Kosnya?
Ramai peniaga yang merasa selesa dengan hanya menjual di
kedai dan online di Facebook dan Instagram. Tetapi itu hanyalah 2 platform
daripada puluhan platform lagi untuk marketing.
Marketing gunakan media social memang bagus, tapi jika mesej
bertubi-tubi masuk nak tanya penerangan produk dan harga, saya rasa anda tak
akan mampu melakukannya tanpa bantuan robot. Kalau 10 atau 20 mesej sehari mungkin
bolehlah balas kan?
Jadi, alternatif terbaik untuk membina keyakinan dan
memudahkan pemasaran adalah memiliki laman web perniagaan!
So, berapa kosnya dan bagaimana nak buat? Senang ke nak buat
website bisnes sendiri?
Sebenarnya ada banyak tools yang boleh anda gunakan. Anda
mungkin boleh mengupah orang buat website bisnes, tetapi nak buat laman web
perniagaan ni memerlukan kos yang agak tinggi kalau nak upah orang buat. Nak
upah designer boleh dibuat anggaran seperti dibawah:
- Upah bina website landing page – +/-RM500
- Upah bina website one page – +/- RM1000
- Upah bina website korporat – +/- RM2000
- Upah bina website eCommerce – +/- RM4000
- Upah bina website Marketplace – +/- RM8000
Ini cuma anggaran sahaja, kos ini boleh berubah bergantung
kepada factor lain seperti domain, hosting dan berapa banyak produk yang nak
dimasukkan dalam laman web tersebut.
Bagi yang baru nak mula bisnes tu memang modal ni agak
tinggi. Lebih-lebih lagi yang hanya mempunyai 1 atau 2 produk jenama sendiri
saja yang nak dipasarkan.
Bagaimana kalau ada platform yang anda boleh buat laman web
perniagaan TAK PAYAH UPAH DESIGNER? TAK PERLU KEPAKARAN IT? TAK PERLU BAYAR
HOSTING SERVER? DOMAIN PERCUMA?
Ya, bertuahnya bisnes owner dan peniaga online pada zaman
teknologi canggih sekarang ni kan. Semua kerja lebih mudah dan selamat.
3 Pilihan Terbaik Website Builder Untuk Bina Website Perniagaan
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa platform WEBSITE
BUILDER yang memenuhi keperluan anda untuk membina laman web perniagaan dengan
mudah. Boleh siap dan launch dalam masa 24 jam sahaja! Apakah website builder
tersebut?
1. EasyStore Malaysia | Sebuah laman web perniagaan yang lebih
khusus untuk perniagaan online. Ada Shopping Cart, Payment Gateway, Integration
Marketplace, Responsive Theme, dan banyak lagi. Sehingga kini, EasyStore telah
membantu lebih 30,000 peniaga membina laman web perniagaan mereka. Anda juga
boleh mencuba membina laman web bisnes anda secara percuma dengan FUNGSI PENUH
selama 14 hari [ 14-Days Trial ] tanpa bayaran. [ klik sini untuk info lanjut ]
2. Shopify | Sebuah laman web perniagaan yang menguasai pasaran
dunia buat masa ini. Sama seperti EasyStore, cuma bayaran yuran langganan dalam
mata wang USD. Nak pasaran lebih besar, gunakan platform Shopify. Di Shopify,
sudah lebih 800,000 pemilik perniagaan membina laman web mereka seluruh dunia. Anda
juga boleh mencuba membina laman web bisnes anda secara percuma dengan FUNGSI
PENUH selama 14 hari [ 14-Days Trial ] tanpa bayaran. [ klik sini untuk infolanjut ]
3. Ucraft | Sebuah laman web untuk membina laman web perniagaan
sama seperti EasyStore dan Shopify. Yang
membezakan cuma bayaran langganan dalam mata wang USD dan jumlahnya, rekabentuk
template dan sistem pembayaran. [ klik sini untuk info lanjut ]
Kesimpulan
Laman web perniagaan adalah platform paling penting untuk membina
kredibiliti perniagaan anda dari segi penjenamaan, keselamatan pengguna,
kemudahan pembayaran atas talian dan pemasaran. Pemilik perniagaan perlu
menggunakan platform website perniagaan ini untuk prestasi penuh perniagaan
anda. Saya pasti anda akan berpuas hati melihat laman web bisnes anda berapa
dalam enjin carian. Prospek akan mudah mencari produk dan meyakini jenama anda
nanti.
Semoga artikel ini boleh memberi banyak manfaat untuk
peniaga online diluar sana. Jika perlukan khidmat nasihat, jangan malu jangan
segan, hubungi saya..
3 Ulasan
wow... satu perniagaan yg bagus
BalasPadamNice sharing
BalasPadamUpah tulis.blog sepatutnya Mahal juga bro
BalasPadam