bisnesaiskrim

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan | Sejak setahun yang lalu lagi, Amanah Saham Bumiputera (ASB) sudah boleh dikeluarkan tanpa menggunakan buku pelaburan. Jika sebelum ini anda perlu hadir ke mana-mana cawangan ASB dan perlu membawa buku serta kad pengenalan.

Kini tidak lagi, anda cuma perlu membaca Kad Pengenalan (IC) sahaja ke cawangan ASB atau wakil ASB seperti bank dan pejabat pos.

Nak dijadikan cerita, gaji beberapa hari lagi tapi duit dalam dompet dah kering. So, nak tak nak kena korek duit simpanan sehingga hari gaji nanti. Google punya google pasal cara keluarkan duit ASB tanpa perlu guna buku ni, memang ada yang buat artikel cara nak withdraw duit ASB tanpa buku.

Dibawah ni, saya terangkan kepada korang bagaimana cara pengeluaran duit ASB tanpa guna buku biru tu.


Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku

Hadir ke mana-mana cawangan ASB ataupun ke bank dimana ASB boleh dikeluarkan seperti Maybank, Ambank, CIMB, BSN dll. Tapi dalam kes saya ni, saya ke Pejabat Pos untuk buat pengeluaran tanpa buku.

Bawa bersama kad pengenalan anda.

Isi borang pengeluaran/jualan yang tersedia di kaunter. Jika tak pasti borang mana boleh bertanya kepada pegawai yang bertugas.

Pastikan anda tahu 12 digit no akaun pelaburan ASB anda. Jika tak tahu atau tak ingat, boleh bertanya pada pegawai bertugas. Anda cuma perlu tunjukkan IC sahaja dan pengesahan cap jari.

Memandangkan buku ASB saya tertinggal di kampung, so terpaksa minta tolong isteri hantarkan nombor akaun ASB tu.

Yup, inilah cara-caranya nak keluarkan duit ASB tanpa buku. Tapi, mungkin simple sangat. So, saya kongsikan pengalaman sebenar saya keluarkan duit di ASB.


Pengalaman Keluarkan Duit ASB Di Pejabat Pos Malaysia Tanjung Aru Tanpa Buku Pelaburan

Nak dijadikan cerita, ini adalah pengalaman pertama saya keluarkan duit ASB setelah bertahun tak sentuh ASB ni haha..berapalah sangat duit yang ada didalam tu kan..

Bagi anda yang belum pernah keluarkan duit ASb tanpa ada buku, lebih baik baca sampai habis sebab takut nanti anda akan terkejut dengan cara pengeluaran tanpa buku ni nanti..

Hari ini, saya ke Pejabat Pos Malaysia Tanjung Aru untuk cuba keluarkan duit ASB tanpa guna buku pelaburan. 

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan

Setelah sampai di kaunter pejabat pos, saya terus ke pegawai bertugas untuk minta borang berwarna merah untuk jualan balik (pengeluaran) ASB.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan

Setelah melengkapkan mengisi borang merah ni, saya terus mengambil nombor giliran yang ada dikaunter.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan

Sebelum ke kaunter untuk pengeluaran, sila sediakan kad pengenalan siap-siap ya.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan

Apabila nombor giliran saya dipanggil, saya pun pergi lah ke kaunter tersebut dan menyerahkan borang dan kad pengenalan. Saya diminta menulis jumlah duit yang nak dikeluarkan beserta nombor kad pengenalan di belakang borang merah tu. 

Selepas tu, saya tandatangan pada belakang borang kemudian dikehendaki untuk sahkan kad pengenalan dengan meletakkan cap jari tangan kiri.

Selesai pengesahan, saya diarahkan untuk cop jari di setiap helaian borang pengeluaran tersebut.

Sekarang semua dah selesai, dan pegawai tersebut menyerahkan salinan borang dan wang tunai kepada saya.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan

Tak sangka, sistem pengeluaran wang ASB tersangat mudah sekali sekarang ni. Rasanya artikel ringkas ini serba sedikit dapat membantu anda nanti. 

Selain, pejabat pos anda boleh ke bank-bank dimana urusan penambahan dan pengeluaran ASB boleh dilakukan.



Nak tambah pelaburan ASB sekarang dah boleh guna MyASNB. Nak daftar? Pergi cawangan ASNB terdekat dan daftar nombor telefon anda. Daftarlah di website tersebut.

Sekian. Semoga membantu.

Catat Ulasan

1 Ulasan