bisnesaiskrim

Etiqa Insurance – Renew Insurans Kenderaan Online Jimat 10% NCD

Etiqa Insurance – Renew Insurans Kenderaan Online Jimat 10% NCD

Zaman dah canggih, semuanya pun boleh dibuat secara atas talian. Dulu pergi wakil insuran nak renew insurans kereta dan motosikal perlu ambil nombor giliran, sekarang duduk rumah tekan keyboard laptop atau smartphone saja pun dah boleh renew insurans.

Kebaikan Dan Keburukan Perbaharui Insurans Secara Online

Memperbaharui insurans kenderaan adalah satu perkara wajib sebelum kita nak perbaharui Cukai Jalan atau Road Tax dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tanpa insurans, cukai jalan tidak boleh di renew.

Tujuannya adalah untuk menjamin keselamatan dan kebajikan anda sendiri dan kenderaan anda apabila ditimpa kemalangan jalan raya nanti. Insurans komprehensif melindungi kerosakan kenderaan anda dan kenderaan lain. Satu langkah untuk membolehkan anda membaiki kenderaan dengan kos ditanggung syarikat insurans terbabit.

Dulu, kita sendiri perbaharui insurans dengan datang ke kaunter syarikat insurans tersebut. Selain tu, wakil jualan insurans juga banyak terdapat dimana-mana lokasi berhampiran JPJ. Walaubagaimanapun, dengan teknologi sekarang kita dah pun boleh [erbaharui insurans melalui atas talian saja.

Buat masa ini, terdapat beberapa syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans kenderaan secara online ni. Antara kebaikannya adalah menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hanya renew online, polisi insurans akan di emailkan kepada anda setelah pembayaran online selesai dilakukan. Bawa polisi insurans tu ke JPJ dan renew road tax. Memang mudah!

Walaupun ada sesetengah orang tidak percaya sangat dengan benda online ni kerana anda perlu ada duit yang cukup didalam akaun bank untuk pembayaran Online Transfer atau FPX. Penggunaan kad kredit juga membimbangkan sesetangah orang, takut keselamatan akaun mereka terdedah kepada penipuan/scammer.


Renew Insurans Kenderaan Online Jimat 10% Di Etiqa Insurance

Kali ini, saya kongsikan sebuah syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan ini. Apply online dan JIMAT 10% tambahan daripada nilai NCD semasa kereta anda.

Berita menariknya, Etiqa juga menyediakan tawaran insurans untuk kenederaan dan juga takaful.

Apa beza Motor Takaful dan Motor Insurans?

Motor takaful - Get covered for loss, theft or damage to your car, and more, with optional add-ons for total peace of mind. Cash back when you make no claims.

Motor Insurans - Get covered for loss, theft or damage to your car, and more, with optional add-ons for total peace of mind.

Senang nak banding, motor insurans cuma boleh claim untuk kerosakan, kecurian, kehilangan dan bencana sahaja. Manakala, motor takaful sama macam motor insurans cuma kalau tak akan claim, anda diberikan cash back dalam bentuk wang dikembalikan kepada anda.


Langkah-Langkah Renew Insurans Kereta Di Etiqa Insurans Online

Langkah 1: Layari www.etiqa.com.my

Langkah 2: Pilih samada anda nak Motor Takaful atau Motor Insurans

Etiqa Insurance – Renew Insurans Kenderaan Online Jimat 10% NCD

Langkah 3: Masukkan maklumat kereta anda seperti No. Plat, Poskod, dan No. KP/IC. Kemudian, klik Get A Quote

Etiqa Insurance – Renew Insurans Kenderaan Online Jimat 10% NCD


Langkah 4: Estimation quotation akan dipaparkan beserta maklumat kenderaan anda. Sebelum melakukan pembayaran, pastikan anda daftar terlebih dahulu.

Langkah 5: Jika anda nak renew sekali dengan road tax, anda klik pada bahagian “ROADTAX”, masukkan alamat untuk penghantaran roadtax anda tu nanti.

Etiqa Insurance – Renew Insurans Kenderaan Online Jimat 10% NCD


Langkah 6: Selepas anda membuat pembayaran dan telah dibuat pengesahan...polisi insurans akan diemailkan kepada anda.

Selesai !!

Next time kalau nak renew insurans kereta, share saja artikel ini biar ramai yang tahu ada cara mudah nak renew. 

Renew online lebih mudah dan cepat berbanding guna agen atau wakil jualan insurans. Online kan  ada, buat apa susah-susah beratur nak beli insurans jer!?

Layari WWW.ETIQA.COM.MY untuk maklumat lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan