bisnesaiskrim

Cara Buat Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal RM41

Cara Buat Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal RM41

Pada zaman nenek moyang kita, berniaga mungkin hanya dengan satu cara sahaja iaitu sistem barter. Kemudian, mewujudkan kedai sendiri dan menjual secara offline. Jualan macam ni memang kita semua tahu kan, buka kedai dan jual barangan kita tu. 

Namun dengan peredaran masa, kecanggihan teknologi kini peniaga beralih pula kepada media sosial. Ramai peniaga sekarang menggunakan Facebook, Instagram, Twitter dan Wechat sebagai platform jualan produk mereka. Pengguna yang paling ramai di laman sosial Facebook dan Instagram boleh meningkatkan potensi jualan produk anda.


Kelebihan Menjual Di Laman Sosial

Laman sosial adalah platform bagi kebanyakkan orang berkongsi status dan maklumat terkini. Ini kerana platform inilah yang hampir 80% digunakan oleh orang untuk menyalurkan maklumat semasa dan memviralkan sesuatu maklumat dengan cara yang paling pantas. Hanya klik button “share” dan info tersebut sudah boleh dibaca pengikut anda.

Kadar engagement memang tinggi dan kelebihan untuk peniaga mempromosikan produk mereka. Dulunya, beriklan di Facebook boleh dapat RM0.01 per engagement/klik tapi sekarang harga sudah melambung tinggi memandangkan Facebook dan Instagram mempunyai CEO yang sama. Harga yang dulunya digunakan untuk beriklan tak boleh didapati ketika ini.


Kenapa Perlu Buat Website Kedai Sendiri

Platform facebook dan instagram adalah platform yang tidak boleh dinafikan berkesan untuk memviralkan produk anda. Namun, sistem pembayaran atau “Close sales” masih menggunakan Whatsapp dan Telegram. Bayaran pula menggunakan “Online Banking” atau “Bank In”. 

Sistem urusniaga seperti ini masih praktikal tetapi sudah ramai yang terperangkap dengan “Scammer” yang mengambil kesempatan keatas pelanggan mereka. Sebab itulah, sebagai peniaga online anda perlu bina kredibiliti perniagaan anda dengan mewujudkan website kedai online yang dilengkapi sistem cart dan pembayaran yang mudah.


Nak Bina Website Kedai Sendiri Tapi Buta IT

Saya tahu, bukan semua orang pandai IT. Apatah lagi, kalau nak buat website perlu pakar dengan coding dan editing. Nak upah programmer pula sudah tentu mahal. Anggaran kos pembinaan website e-commerce bermula RM3,000 sehingga RM100,000 bergantung pada saiz dan keperluan bisnes anda. 

Kalau ada service membina website ecommerce dengan harga serendah RM41.30, anda berminat tak?
Penyelesaian kepada peniaga yang tak pandai IT adalah membina kedai online dengan platform Website Builder yang ada dipasaran sekarang ni.

Kami syorkan anda menggunakan website builder EasyStore Malaysia, memandangkan  website builder ini menawarkan harga jauh lebih murah berbanding platform yang lainnya.


Jadual Harga Langganan EasyStore

Cara Buat Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal RM41
  Montly Plan

Cara Buat Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal RM41
Yearly Plan

Berdasarkan jadual pricing yang EasyStore tawarkan diatas, anda boleh memulakan pembinaan website ecommerce anda serendah RM59 sebulan sahaja untuk peringkat permulaan bisnes anda. Modal serendah ini jauh lebih murah berbanding kos iklan FB Ads yang belum tentu ada conversion daripada pengiklanan tersebut. Silap sikit kena caj ratusan ringgit, satu pun tak dapat close sales.

Tawaran langganan EasyStore bermula dengan FREE-TRIAL 14 hari, kemudian untuk langgan bulanan bermula RM59 hingga RM499 sebulan. Manakala untuk langganan tahunan, harga bermula RM41.30 hingga RM249.50 setahun (langganan dikira 12 bulan untuk sekali bayaran).

Andaikata, anda baru nak mula bisnes Dropship. 

Dan, anda sudah membuat Fan Page Facebook, create akaun bisnes di Instagram malah sudah buat kedai di Shopee dan Lazada. Namun, anda mahu lonjakkan lagi jualan dengan membina network dan trust lebih daripada pelanggan. 

 Maka anda mengambil pakej bulanan RM59.00! 

Apa yang anda dapat?
  1. No Transaction Fees
  2. 100 Products and 10GB Storage
  3. Up to 2 Staff Accounts
  4. Up to 5 App Integrations
  5. Without hidden fees
  6. Free Custom Domain*
  7. With annual purchase
  8. Search Engine Optimized
  9. Mobile Optimized
  10. Integrated Payment Methods
  11. Flexible Shipping Options
  12. Support Multi-Currency
  13. Theme Editor
  14. Customer Accounts
  15. Discounts and Vouchers
  16. Facebook Marketing

Banyak kelebihnnya bukan? Semua ini kalau nak upah orang buat boleh menelan belanja puluhan ribu ringgit. Belum termasuk upah service dan maintenance, renew domain dan hosting. 

Dengan membina Website Kedai Online anda dengan EasyStore anda jimat 5000% daripada kos sebenar membina laman web ecommerce.


Promosi Terkini EasyStore

Anda nampak tulisan merah “Limited Time Offer 50% Off”  tu?

Ia adalah tawaran diskaun harga RM199 kepada RM99.50 dalam tempoh beberapa jam lagi untuk Pakej Standard !

Dapatkan tawaran potongan harga 50% Off ini sekarang sebelum tamat. 

Maklumat lanjut, layari EasyStore

Semoga sukses selalu!


Catat Ulasan

2 Ulasan